Pages

Tuesday 6 December 2016

Bolasepak : Anak Sarawak wakil Malaysia ke UK


Pemilihan Muhammad Yusri Haziq Idris dalam program ‘Million Dollar Feet’, telah pun berangkat ke United Kingdom (UK) pada pertengahan November lepas untuk mempamerkan bakat kepada pencungkil bakat dan jurulatih dari kelab besar Eropah di sana.

Ketika berada dalam sesi ujian (trial) di Nottingham Forest pada minggu lepas, scouts dari kelab utama seperti Man Utd, Chelsea, Everton dan Liverpool turut sama menyaksikan pemilihan tersebut. Adam dan Yusri turut diberi peluang meneroka sendiri City Ground, gelanggang rasmi Nottingham Forest selain dibawa menyaksikan perlawanan secara langsung pasukan Liverpool di Anfield.



Muhammad Yusri, 14, berasal dari Kampung Sayung, Limbang merupakan seorang daripada dua peserta terbaik daripada program ‘Million Dollar Feet’ yang dianjurkan MDF Events Sdn Bhd dengan kerjasama FAS.


Seorang lagi ialah Adam Roshan dari Kuala Lumpur, selepas pemilihan dilakukan melibatkan 10,000 peserta yang mengambil bahagian dalam program tersebut yang telah diadakan di seluruh negara pada September hingga Oktober lalu.

Muhammad Yusri yang bersekolah di SMK Tabuan Jaya merupakan pemain pasukan B14 SSN Sarawak yang bersaing dalam Liga KPM 2016 dan pernah menerima tawaran SSM di Johor pada tahun lepas.

Selain itu, beliau juga pernah menerima tawaran untuk menyertai Pasukan B Bukit Jalil di bawah program NFDP/PPBN 2016 anjuran MSN ber sama KPM.


MDF adalah ejen projek mencari bakat-bakat muda untuk sesi percubaan dengan kelab-kelab Eropah dengan idea meletakkan pemain bola sepak Malaysia yang pertama di peta dunia yang bakal berkhidmat dengan pasukan kelab terkemuka di Eropah.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment