Pages

Friday, 30 December 2016

Bapa berhadapan penjara 30 tahun kerana rogol anak sendiri di Bau


KUCHING: Lagi haruan makan anak. Seorang bapa berusia 46 tahun mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan merogol anaknya sendiri di Mahkamah Sesyen Kuching semalam.

Lelaki tersebut membuat pengakuan di hadapan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad bahawa dia telah melakukan perbuatan terkutuk itu di kediaman keluarga di Bau pada jam 10.30 malam pada 19 Julai 2013, ketika anaknya berusia 12 tahun.

Bagaimanapun disebabkan fakta kes yang belum lengkap, proses pertuduhan terpaksa ditangguhkan, dan tertuduh akan terus menjalani proses tahanan sehingga kes disebut semula pada 10 Januari depan.
Pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Selain bapanya, turut didakwa semalam ialah teman lelaki mangsa yang berusia 53 tahun, atas kesalahan serupa.


Then Ah Jen, juga dari Bau dituduh melakukan jenayah rogol bawah umur dan didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan sebatan.
Tertuduh turut dilanjutkan tempoh tahanan reman di penjara sehingga kes disebut semula pada 23 Januari depan.

Atas pertuduhan ini, tertuduh dinasihatkan agar menyediakan peguam pembela bagi mewakilinya.
Mangsa kini berusia 15 tahun. –  Sarawakvoice

Tuesday, 27 December 2016

Tenggelamnya M.V Pulau Kidjang di Perairan Tanjung Jerijeh, Sarawak.

PULAU KIDJANG bukanlah sebuah pulau. Sebaliknya, ia merupakan nama sebuah kapal yang pernah beroperasi di perairan Sarawak pada pertengahan tahun 1960~an hingga awal tahun 1970~an.
Menyingkap sejarahnya, hari ini, 27 Disember 1973 genap 43 tahun berlakunya peristiwa maritim terburuk pernah dicatitkan dalam sejarah pengangkutan air di Sarawak.


Seluruh rakyat Sarawak tidak pernah menduga pelayaran M.V.Pulau Kidjang, pada petang 26 Disember 1973 berakhir dengan tragedi menyayat hati pada kira~kira jam 4.00 pagi, 27 Disember 1973.

Tiada siapa menyangka, kapal penumpang dan kargo yang dibina pada tahun 1936 di Hong Kong, asalnya dimiliki Syarikat Perkapalan Kidjang, Tanjung Pinang, Indonesia sebelum dibeli oleh Syarikat Perkapalan Messrs Central Shipping beralamat di Main Bazaar, Kuching dari sebuah syarikat perkapalan di Singapura ini berakhir dengan tragedi memilukan dan mengorbankan banyak nyawa.

Segala~galanya bermula 43 tahun lalu, seramai 140 orang iaitu 110 penumpang dan bakinya 30 orang krew kapal terbabit dalam tragedi maritim terburuk ini. Hanya 40 orang terselamat dan 53 mayat mangsa termasuk lima mayat anak kapal berjaya ditemui.

Manakala 47 mayat penumpang dan anak kapal gagal ditemui sehingga ke hari ini. Mereka termasuk enam sekeluarga yang berasal dari Sibu, Sarawak dipercayai terperangkap di dalam badan kapal malang tersebut.

Fenomena alam semulajadi, cuaca buruk ketika musim tengkujuh dan musim angin monsun timur laut dikaitkan sebagai punca utama tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang.


Bagaimana pun tiada laporan dikeluarkan mengenai kemungkinan cuaca buruk bagi tempoh 24 jam ketika M.V.Pulau Kidjang meninggalkan jeti K.T.S. Kuching pada 26 Disember 1973.

Kebanyakan mangsa yang terselamat terutamanya anak~anak kapal memberitahu sebelum kejadian berlaku, hujan turun dengan lebat. Angin bertiup kencang diiringi ribut kuat dan keadaan ombak besar mengakibatkan laut bergelora. Tanda awal keadaan cuaca buruk dirasai sebaik sahaja M.V.Pulau Kidjang keluar dari Muara Tebas seterusnya belayar ke Tanjung Po menuju Kuala Rajang.
"Saya muntah beberapa kali kerana mabuk laut. Isteri dan anak~anak saya yang juga mengalami mabuk laut, tidur sepanjang masa kapal belayar. Kira~kira jam 3.15 pagi (berdasarkan jam tangan) saya dapat merasakan pergerakan kapal perlahan. 

Ketika itu juga, air laut melimpah masuk ke dalam bahagian dek. Kerusi dan meja tercampak ke setiap sudut kapal. Saya segera mengejutkan isteri dan anak~anak saya dan mengarahkan mereka berpindah ke tempat yang lebih selamat. Dalam keadaan kelam kabut, saya berjaya mendapatkan semula anak lelaki saya yang tercampak akibat dirempuh ombak besar. Bagaimanapun, isteri dan dua orang lagi anak saya terus dihanyutkan arus ombak. Saya memanjat ke atas kapal bersama anak lelaki saya yang berusia lima tahun dan mengoyakkan kain kanvas. Malangnya, anak saya terlepas dari pelukan dan dihanyutkan arus ombak deras," cerita seorang penumpang yang merupakan anggota polis berpangkat konstable, Kadir Gobel.

Di sebalik tragedi M.V.Pulau Kidjang yang dikaitkan dengan musim tengkujuh, sebenarnya sehingga ke hari ini tidak ramai di kalangan masyarakat Sarawak mengetahui ada faktor lain juga menjadi punca tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang. Meneliti keterangan saksi, tidak dapat dinafikan terdapat unsur kesilapan manusia yang sedikit sebanyak penyumbang berlakunya tragedi tragis ini.

Keterangan juragan M.V.Pulau Kidjang, Awang Hashim bin Awang Hamjah dalam Laporan Marine Court of Enquiry into the Loss of M.V.Pulau Kidjang, 27 Disember 1973 mengesahkan M.V.Pulau Kidjang belayar di dalam laluan kedua~dua boya iaitu boya luar dan dalam. Sebenarnya laluan ini menuju ke arah Beting Selatan dan tidak jauh dari kawasan Wong Sands.

Jurumudi, Udin bin Hassan yang bertugas mengendalikan alat kemudi memberitahu semua arahan diberikan oleh Awang Hashim.

"Kira~kira jam dua pagi, kapal memotong masuk ke dalam boya beting tengah dan boya di sebelah kanan yang terdapat di Kuala Rajang. Saya nampak beberapa buah kapal berlabuh tidak jauh dari beting tengah. Lampu isyarat pada lampu~lampu itu berfungsi. Semasa M.V.Pulau Kidjang belayar masuk menuju ke Kuala Rajang, keadaan kapal senget ke kanan dan kiri kerana dipukul gelombang. Ketika itu, laut amat bergelora dan angin bertiup kencang dari arah belakang"

Menurut Udin lagi, kira~kira jam 3.30 pagi, juragan Awang Hashim telah mengarahkannya menukar haluan ke Utara 70 darjah Timur.

Sebenarnya pada kedudukan ini, haluan M.V.Pulau Kidjang berada antara rumah api Tanjung Jerijeh dan bikon Jerijeh Selatan dengan keadaan muara Kuala Rajang sedang bergelora. Air pasang yang sedang berlaku mengakibatkan aliran arus air laut dan sungai menghulu di kawasan muara bertambah deras.

Kapal terumbang ambing ke kiri dan kanan akibat pukulan gelombang besar dan alunan ombak yang kuat di bahagian beting. Dalam keadaan kapal terumbang~ambing, air laut semakin banyak melimpah masuk ke dalam kapal.

Dalam keadaan kelam kabut itu, usaha Udin mengemudi M.V.Pulau Kidjang menuju ke Kuala Selalang setelah diarahkan oleh Awang Hashim, ternyata tidak berjaya sebaliknya kedudukan badan kapal semakin condong ke kanan dan perlahan~lahan tenggelam di dasar muara Kuala Rajang.

Takala itu juga, tangisan terus memecah kesepian dinihari. Laungan meminta tolong masih lagi kedengaran. Air mata bersatu dalam alunan ombak ganas. Rasa kasihan hilang di laut. Tetapi tiada siapa peduli. Langit muara Kuala Rajang gelap. Sekali lagi sarat awan menurunkan hujan. Badai angin dan ribut terus mengganas. Laut masih bergelora saat tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang.

Ramai juga di kalangan kita tidak mengetahui nama asal M.V.Pulau Kidjang ialah Keranji dan dimiliki oleh Syarikat Perkapalan Kidjang yang berpangkalan di Tanjung Pinang, Indonesia. Syarikat Messrs Central Shipping Sdn Bhd iaitu pemilik terakhir M.V.Pulau Kidjang membeli kapal berusia 28 tahun itu pada tahun 1964 dari Kee Lee Shipping Co.Ltd., Singapura dengan harga tiga ratus dua puluh ringgit Malaysia (nilai ringgit ketika itu). Baki bayaran kapal berjumlah lapan puluh ribu ringgit dibayar secara ansuran selama setahun bermula dari tahun 1969 hingga 1970.

M.V.Pulau Kidjang dikenali sebagai kapal jenis "tender" dan "Elliptical Stern" kerana rekabentuk bahagian buritannya yang rungkup dan terjuntai. Spekfikasi buritannya membolehkan air laut melimpah masuk ke dalam dek belakang tetapi air yang melimpah ini tidak dapat mengalir terus keluar.

Alat kemudi dan kipasnya tenggelam serentak ke dalam air membolehkan kapal jenis ini dikemudi dengan lebih efektif.

Bagaimanapun, ketika belayar mengikut arah arus air dan ombak di laut, pergerakan kapal akan perlahan. Semasa pelayaran terakhirnya, ukuran keapungan bahagian hadapan M.V.Pulau Kidjang ialah 2.13 meter dan bahagian belakang ialah 3.04 meter. Trim bahagian butirannya adalah satu meter.

Laporan Marine Court of Equiry into Loss of M.V.Pulau Kidjang~Case History No.1/76 mengesahkan M.V.Pulau Kidjang didapati tidak layak belayar semasa ia karam pada kedudukan kira~kira 2.8 batu nautika dari rumah api Tanjung Jerijeh atau kira~kira tiga batu nautika ke arah rumah api Tanjung Selalang.

Binaan pengalih udara dan tingkap magun yang terletak di sebelah dek kapal, didapati tidak dikunci dengan ketat. Keadaan ini menyebabkan pengalih udara tersebut mudah terbuka apabila dipukul ombak yang kuat.

Hasil siasatan yang dijalankan mengenai tragedi tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang, dianggarkan sejumlah 140 orang penumpang termasuk 30 anak kapal menyertai pelayaran terakhir M.V.Pulau Kidjang.

Jumlah kargo yang dibawa melebihi 80 tan termasuk dua buah kereta yang diletakkan di ruang kosong di atas dek. Bagaimanapun, tidak diketahui di mana baki kargo yang lain disimpan.

Antara jenis kargo yang dibawa oleh M.V.Pulau Kidjang ketika itu, 33,600 botol minuman ringan, 9,400 kilogram makanan ternakan, 2,150 tin pelbagai jenis biskut dan 380 tin minyak masak. Semua kargo termasuk dua buah kenderaan tidak diketahui berapa nilai keseluruhannya.

Hari ini, setelah lebih empat dekad tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang, mangsa yang terselamat dan waris~waris mangsa masih sukar melupakan peristiwa memilukan ini.

Bagi waris~waris mangsa yang kehilangan orang tersayang dan mayat mereka berkubur di dasar muara Kuala Rajang bersama kapal malang ini, kesedihan yang mereka tanggung sukar diungkap dengan kata~kata. Setiap kali kenangan menggamit ingatan hanya air mata dan doa yang mampu dihadiahkan.

Senarai nama penumpang yang hilang/gagal dikesan:~
1) Ting Pik Kuok
2) Fatimah bt Jilani@Bee
3) Sa'amah bt Yusof
4) Jamilah bt Yusof
5) Juliana@Julia bt Mohidin
6) Zoria bt Matsah
7) Salvia bt Matsah
8) Yunus bin Matsah
9) Zamaruzman bin Matsah
10) Kamarudin bin Matsah
11) Wong@Ngui Ho Hui
12) Bujang@Alias bin Kadir
13) Yiong Ah Nai
14) Yiong Hun Kui
15) Lim Peng Guan
16) Coasmas Chia
17) Prisca Chia
18) Layar bin Kakut
19) Habsah bt Par
20) Annie bt Layar
21) Lu Poh Seng
22) Masni bt Ibrahim
23) Razali bt Ramli
24) Mohd Morshidi bin Ramli
25) Yusof bin Ramli
26) Razak bin Ramli
27) Fatimah bt Ramli
28) Yip Kok Tik
29) Nicholas Lembang Ak Maga
30) Njayan Ak Manyung
31) Wilson Ak Sahia
32) Rose Ak Ru'om
33) Ahed bin Din
34) Daud bin Saat
35) Peter Anthony Johit
36) Ahmad bin Kipli
37) Wong Ho Hiah
38) Low Ming Seng
39) Awang Jamel bin Pengiran Tahir
40) Lai Shuk Chiung

~Dedikasi mereka yang terselamat dan waris~waris mangsa tragedi kapal M.V.Pulau Kidjang yang tenggelam di muara Kuala Rajang, Sarikei pada 27 Disember 1973.~

Turut terkorban 6 Sekerluarga dari Sibu masih tidak ditemui sehingga ke saat ini
"Pemergian mereka adalah ketentuan takdir. Kesedihan tidak mungkin terungkap dengan kata~kata. Jadikanlah peristiwa lalu sebagai sejarah pengalaman paling berharga dan bermakna dalam meneruskan perjuangan kehidupan yang penuh dengan liku~liku cabaran."

*Pendedahan eksklusif artikel ini sama sekali tidak bermaksud mengundang kesedihan kepada waris~waris mangsa tragedi atau menuding jari kepada mana~mana pihak. Sejujurnya penerbitan semula artikel yang diadaptasi dari buku TENGGELAMNYA PULAU KIDJANG bertujuan berkongsi bahan sejarah untuk tatapan generasi hari ini dan masa hadapan kerana tidak ramai mengetahui rahsia di sebalik tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang.

~AL~FATIHAH~
Kredit kepada penulis buku "TENGGELAMNYA PULAU KIDJANG"~ZALIHA HASSAN.

Sunday, 25 December 2016

Krismas Masa Untuk Bergembira Dan Dirayakan Bersama - Adenan

KUCHING - Perayaan Krismas adalah masa untuk bergembira dan dirayakan bersama rakan-rakan Kristian dengan penganut agama lain yang turut bersama meraikannya.

Malah, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem masyarakat di Sarawak menghantar ucapan kepada rakan-rakan mereka serta mengunjung rumah terbuka.

"Tradisi rumah terbuka adalah unik yang perlu terus disemai dan dihargai demi perpaduan dan keharmonian bagi diteruskan pembangunan di Sarawak," katanya dalam perutusan Hari Krismas dan Tahun Baharu.



Beliau berkata di sesetengah tempat di Sarawak, keluarga Kristian dan Muslim yang tinggal di bawah satu bumbung, agama bukan merupakan satu isu kerana mereka percaya "agama kamu adalah agama kamu dan agama saya adalah agama saya."

"Itulah caranya bagi kita di Sarawak sejak ratusan tahun lalu dan itulah caranya ia perlu dikekalkan di masa hadapan. Sejak akhir-akhir ini bila terdapat ketegangan sosial berhubung isu bangsa dan agama, kita di Sarawak masih bertenang dan tidak mahu diheret dalam perbincangan yang boleh membawa kepada pecah belah.

"Sejak beberapa tahun lalu, kebebasan beragama bukan menjadi halangan dan isu di Sarawak. Kita bebas beragama seperti yang kita suka, penganut Kristian bebas menggunakan kalimah Allah seperti biasa dan tidak akan ada 'hudud' di Sarawak," tegas beliau.

Adenan turut menyentuh soal ekonomi dengan berkata sudah tiba masanya Sarawak memperbanyakkan industri hiliran untuk memproses bahan mentah seperti gas asli, balak dan pasir silika kepada produk yang boleh memberi nilai tambah.

Beliau juga berkata Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah menarik 21 pelaburan bernilai RM33.50 bilion dan memberi 17,000 peluang pekerjaan terutama di Zon Perindustrian Samalaju di Bintulu.

Beliau berharap Lebuhraya Pan Borneo pula akan menjadi satu lagi faktor untuk menjana ekonomi Sarawak di masa depan.

Adenan seterusnya mengucapkan selamat Hari Krismas dan selamat menyambut Tahun Baru kepada semua.

"Pada musim perayaan ini, saya menyeru kepada seluruh masyarakat di negeri ini untuk meneruskan tradisi saling menziarahi rakan-rakan kita yang tidak seagama atau sebudaya dengan kita," katanya.

"Kepada masyarakat bukan-kristian, berkunjunglah ke rumah terbuka rakan-rakan kita yang beragama kristian pada musim perayaan krismas ini," ujarnya.


"Dalam kita berada di ambang meninggalkan tahun 2016 dan melangkah ke tahun 2017, saya mengajak saudara dan saudari sekalian untuk terus mengukuhkan iltizam kita untuk menyumbang kepada keharmonian dan kemajuan Negeri Sarawak dalam apa jua kapasiti dan peranan," tambahnya lagi.

Wednesday, 21 December 2016

Kanak-Kanak Melambung Dilanggar Lari


KUCHING - Seorang kanak-kanak lelaki, mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan dada selepas dilanggar sebuah kereta, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di Jalan Tol, Mohd Syaidatul Aiman, 8, dilanggar kereta jenis Proton Saga Aeroback berwarna biru sehingga menyebabkan mangsa melambung. 

Pemandu kereta yang tidak sempat dirakam nombor pendaftarannya itu bagaimanapun telah melarikan diri meninggalkan mangsa dalam keadaan cedera di tempat kejadian.

Mangsa yang cedera teruk di bahagian kepala, dada dan mukanya telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 


Menurut ibu saudaranya, Farrah Jaraee, mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan masih belum sedarkan diri. 

Justeru, Farrah meminta pemandu kereta berkenaan tampil menyerah diri dan bertanggungjawab di atas kejadian yang menimpa anak saudaranya itu.

Monday, 19 December 2016

Orang Ulu dan “Haruk Adang Usung Tingang”

Pada zaman dahulu, ia merupakan sebuah kenderaan perang di sungai untuk kaum Orang Ulu. “Haruk Adang Usung Tingang” bermaksud Perahu terbang dengan panah burung kenyalang dipercayai mendapat 'tenaga' untuk 'terbang' menerusi semangat untuk membalas dendam.  

Nama yang cukup gah dan dinamakan berdasarkan kepada cerita legenda kaum Orang Ulu. Kisah bermula apabila perang kayau masih diamalkan setiap roh nenek moyang yang terkorban dari Kaum Orang Ulu akan menyerap masuk ke badan setiap pahlawan Orang Ulu yang turun berperang.

Disebabkan semangat yang berkobar-kobar pada pahlawan terpilih, satu kejaiban akan berlaku di mana dari jauh mereka akan kelihatan mempunyai api di bahagaian dada. Pahlawan ini berada di barisan hadapan perahu. Apabila perahu bergerak, ia akan kelihatan seperti burung kenyalang yang sedang terbang di atas paras air sungai. Dari situlah maka terciptanya nama perahu tersebut.

Perahu Orang Ulu  pernah mendominasi Sungai Baram apabila buat pertama kalinya pertandingan Regatta Baram diperkenalkan pada tahun 1899, perahu tradisional Kaum Orang Ulu telah dinobatkan sebagai “raja” di Sungai Baram. Pertadinga ini diadakan sempena perjanjian damai antara kaum ditemeraikan untuk menghentikan pertelingkahan antara kaum.

Perahu ini diperbuat dari kayu  yang lasak dan tahan lama seperti kayu arau, kayu merang dan kayu engkabang. Di buat dengan  kepanjangan sehingga boleh memuatkan sehingga 40 orang pengayuh. Kesemua permukaan perahu ini akan dihiasi dengan ciri-ciri seni dan yang paling menarik, haluan hadapannya akan  diukir dengan corak kepala burung kenyalang untuk melambangkan keperkasaan perahu tradisi ini.


Friday, 16 December 2016

Kuching bebas asap rokok menjelang 2017



KUCHING: Semua premis makanan di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) wajib meletakkan tanda Zon Bebas Asap Rokok menjelang tahun 2017, kata Datuk Bandarnya Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Menurutnya, langkah itu adalah antara syarat dikenakan DBKU kepada pengusaha premis yang memperbaharui lesen mereka bermula tahun depan.

“Mulai 1 Januari 2017, DBKU dengan kerjasama premis makanan akan meletakkan tanda berkenaan di kawasan premis mereka bagi menjelaskan kepada pelanggan atau pengunjung agar tidak merokok di kawasan premis makanan.

“Bagaimanapun pada masa yang sama DBKU akan bekerjasama dengan beberapa pengusaha juga untuk mewujudkan kawasan tertentu untuk mereka yang merokok di satu kawasan, yang kita tetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Taklimat Kesedaran Bahaya Rokok dan Perundangan Kawalan Tembakau yang dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kawal Selia Morshidi Ahmad di sini, semalam.

Kegagalan pengusaha premis atau membenarkan pelanggan merokok di kawasan yang diletakkan tanda itu boleh menyebabkan lesen mereka dibatalkan, kerana ia sudah menjadi tanggungjawab pengusaha premis, ujar Abang Abdul Wahap.

“Kita mahu pengusaha menasihati pelanggan atau pengunjung premis agar tidak merokok dan meminta mereka ke kawasan tertentu yang disediakan khas untuk mereka,” katanya sambil memberitahu, dianggarkan lebih 320 premis makanan berdaftar di bawah DBKU kini.

Jelasnya lagi, DBKU hanya akan menetapkan kawasan tertentu dan terhad bagi kawasan merokok dan pengusaha bertanggungjawab serta memainkan peranan penting bagi memastikan premis mereka bebas daripada asap rokok.

“Ini adalah langkah bagi DBKU selangkah ke hadapan dalam menyertai dan mencapai Generasi Bebas Tembakau (TFG) dan kita berperanan mendidik orang awam selain selari dengan Pelan CBS kita untuk menjadikan Kuching sebagai bandar raya bersih,” katanya.

Tambah beliau, DBKU akan memberi pengiktirafan berbentuk sijil kepada pengusaha premis yang mengambil bahagian serta memberi kerjasama dalam program larangan merokok itu.

Katanya dari segi penguatkuasaan kepada larangan berkenaan, ia mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri, di mana kegagalan mematuhi perkara berkenaan boleh didenda RM5,000 di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Kita mengambil langkah proaktif sebagai pihak berkuasa tempatan pertama menerajui pelaksanaan kempen Zon Bebas Asap Rokok ini.

“Maka itu kita mengharapkan kerjasama erat daripada pengusaha premis makanan bagi memastikan Zon Bebas Rokok dapat dilaksanakan mulai tahun depan di kawasan DBKU,” tegasnya.

Lelaki cabul kanak-kanak 6 tahun dibelasah di Miri



MIRI: Dua cubaan lelaki Indonesia untuk melakukan jenayah cabul dalam dua kes berbeza semalam menyaksikan seorang daripadanya dibelasah teruk oleh orang ramai.

Kejadian pertama berlaku di pusat beli-belah Emart dekat sini apabila seorang remaja lelaki cuba mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, dengan menanggalkan seluar dan meraba alat sulitnya.

Sebelum itu, lelaki tersebut telah mengumpan kanak-kanak terbabit untuk mengikutinya ke lokasi tersembunyi di aras atas pasar raya itu, yang menempatkan peralatan dapur.

Namun perbuatannya itu dilihat oleh beberapa pengunjung yang kemudian bertindak menghalang dan membelasah lelaki tersebut sebelum menyerahkannya kepada pengawal keselamatan di pasar raya terbabit.

Suspek kemudian diserahkan kepada unit peronda polis yang tiba kemudian.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat mengesahkan kejadian dan menasihati orang ramai agar sentiasa memerhati keselamatan anak-anak mereka di tempat awam.

“Siasatan awal kita juga mendapati suspek tidak memiliki sebarang indentifikasi manakala kanak-kanak terbabit merupakan anak kepada salah seorang peniaga yang berniaga gerai di situ.

Suspek katanya, kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa terbabit telah dibawa ke Hospital Miri untuk menjalani pemeriksaan.

Rogol Anak Hingga Mengandung, Bapa Dihukum Penjara 54 Tahun & 21 Sebatan



KUCHING: Mahkamah Sesyen Kuching hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 54 tahun dan 21 sebatan kepada seorang bapa kerana melakukan sumbang mahram terhadap anaknya November lalu.

Hakim, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menetapkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 40 tahun mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 17 tahun di rumahnya di Kampung Sinjan, di sini pada 12, 20 dan 21 November lalu.

Tertuduh yang juga penganggur didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Hakim menetapkan hukuman penjara 18 tahun dan 7 sebatan bagi setiap pertuduhan dengan mengarahkan hukuman dijalankan berasingan bermula hari ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tuesday, 13 December 2016

Fenomena air pasang besar, penduduk dinasihatkan berwaspada

KUCHING: Masyarakat yang tinggal di kawasan rendah dinasihat berwaspada apabila Sarawak dijangka mengalami fenomena air pasang besar dari 13 hingga 18 Disember ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, air pasang besar berkenaan dijangka mencapai ketinggian air sehingga 6.5 meter dan sekiranya pada masa sama hujan lebat berlaku, beberapa kawasan lain berisiko banjir.

Antara kawasan dikenal pasti berisiko jika ketinggian mencapai paras berkenaan termasuk Kampung Bako Hulu dan Kampung Buntal Hulu (Kuching), Kampung Tebelu Hulu, Sebuyau, Menek Sebangan, Tambirat, Meranek, Tungkah Melayu, Sebangan (Samarahan), Kampung Sileng Dayak (Lundu), Kampung Jalan Pusat Giat Mara, Kampung Baru dan Pasar Sebuyau (Simunjan), Rumah Sambau Nangan Entulang, Pasar Sri Aman (Sri Aman), Kabong (Saratok) serta Kampung Jerijeh, Rajang, Belawai (Tanjung Manis).


“Kita berharap penduduk di kawasan rendah khasnya lebih berhati-hati dan berwaspada menghadapi fenomena yang dijangka berlaku dari 13 hingga 18 Disember ini dan dijangka mencapai 6.5 meter ketinggian air.

“Bagaimanapun dari segi persediaan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mempergiatkan usaha menghadapi sebarang kemungkinan berlaku dengan menempatkan anggota berkaitan di tempat tertentu,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat dan lawatan ke Baraj Kuching dan Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Baraj Kuching di sini, semalam.

Uggah berkata, Sarawak dijangka mengalami musim hujan dari Disember 2016 hingga Januari 2017 dan kekuatan keanggotaan jawatankuasa kini sudah mulai siap siaga menghadapi kemungkinan bencana berkenaan.

Katanya, jumlah yang terlibat pada kali ini ialah 17,869 anggota serta pegawai yang merangkumi agensi barisan hadapan pengurusan bencana termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan seramai 5,000 orang pegawai dan anggota digerakkan.

Angkatan Tentera Malaysia (6,700 pegawai dan anggota), Polis Diraja Malaysia (2,344 orang pegawai), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (1,343 orang), Jabatan Sukarelawan Malaysia (1,089 pegawai dan anggota) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (1,129).

Manakala, kekuatan logistik pada kali ini melibatkan lima helikopter, 154 lori, 358 kenderaan pacuan empat roda, 226 bot dan 50 ambulans untuk kegunaan di seluruh negeri.

Uggah pada masa sama turut memberitahu, jawatankuasa juga akan mengambil kira isu haiwan liar terutama buaya yang timbul semasa banjir di kawasan terjejas.

“Ini boleh kita anggap fenomena baharu berbanding sebelum ini dan kita akan mengambil kira perkara ini dengan mengarahkan setiap bahagian mengambil perhatian,” katanya sambil memberitahu akan mempertimbang kerjasama dengan  Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam perkara itu.

Mengenai lawatan ke baraj dan sistem pengoperasian amaran banjir, beliau amat berpuas hati kerana ia berada dalam keadaan yang baik serta siap sedia.

“Bagi sistem amaran banjir dan baraj ia berada dalam siap sedia dan apa yang penting kini adalah kita dapat mengurangkan impak bencana kepada rakyat melalui persediaan kita,” katanya.

Friday, 9 December 2016

Rezeki di atas titi


Jika anda berpeluang jelajah ke kampung yang kedudukannya menghadap Laut Cina Selatan, Teluk Brunei dan begitu hampir dengan Wilayah Persekutuan Labuan ini, anda boleh membeli terus dari penduduk kampung, hasil produk berasaskan ikan tamban pada harga RM15 sehingga RM18 sekilo.


Pada musim tertentu, penduduk kampung yang majoritinya Melayu~Brunei juga mengusahakan hasil laut lain iaitu udang kering atau orang kampung menyebutnya udang siar.

Saya sempat singgah di gerai kecil~kecilan di hadapan rumah penduduk kampung yang menjual soto dan minuman sejuk. Semangkuk soto dan segelas minuman sejuk hanya berharga RM2....seketika saya kehilangan kata~kata!!!.


Kredit FB : Zaliha Hassan

*OhKitakOrangSarawak : Ikan tamban adalah ikan tahai.

Malaysia hasilkan pistol semi automatik yang pertama


Malaysia kini mengorak selangkah ke hadapan dalam industri pertahanan apabila menjadi antara salah sebuah negara pengeluar pistol buatan sendiri.

Pistol semi automatik yang merupakan pistol pertama buatan Malaysia bakal berada di pasaran tidak lama lagi (mungkin Disember ini) apabila sebuah syarikat, Aegis Malinnov Sdn Bhd memperkenalkan pistol buatan mereka April lalu.

Tan Sri Hashim Meon yang merupakan pengerusi Aegis Malinnov Sdn Bhd,memberitahu bahawa syarikat itu telah mendapat kelulusan (lesen) untuk menjual senjata api dari Kementerian Dalam Negeri dan akan ke fasa seterusnya iaitu mendapatkan pengiktirafan ujian ketahanan pistol dari Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Pistol seberat 830 gram berkualiti dan dikatakan setaraf dengan pistol-pistol yang ada di pasaran antarabangsa.

Proses pembuatan pistol ini mengambil masa selama 5 hingga 6 tahun untuk dihasilkan untuk pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang ditubuhkan syarikat itu untuk menghasilkan pistol yang menepati piawaian antarabangsa dan kehendak pasaran.

Kebanyakan anggota pasukan R&D untuk pembuatan pistol ini mempunyai latar belakang ketenteraan serta memiliki kemahiran tinggi dalam pengendalian senjata seperti bekas anggota Unit Tindakan Khas.

Berikut adalah spesifikasi pistol berkenaan:

▪ Barrel length: 119.1 mm
▪ Weight: 830gm
▪ Caliber: 9MM
▪ Overall length: 210mm
▪ Height: 139.1mm
▪ Width: 35mm
▪ Magazine capacity: 16
▪ Action: Double Action



Dengan adanya kemahiran dalam menghasilkan pistol buatan sendiri oleh anak tempatan, pasti ramai yang mengharapkan perkembangan dalam industri pertahanan dan keselamatan negara akan terus berkembang pesat seiring negara- negara kuasa besar yang lain.

Jika hari ini anak tempatan sudah mampu menghasilkan pistol pertama buatan Malaysia, tidak mustahil suatu hari nanti mereka juga mampu menghasilkan jet pejuang, helikopter tempur atau kapal selam sendiri.

Malaysia Boleh!!!

Lelaki Hilang Di Lundu Dijumpai Tergantung Atas Pokok

LUNDU: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang hilang ketika memeriksa bubu ikan di Sungai Stum semalam ditemui mati tergantung di atas pokok di sini sekitar jam 11.30 pagi.

Mangsa, Romy Lego ditemui dalam keadaan tergantung oleh pasukan penyelamat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat pada hari kedua ekoran laporan kehilangan mangsa semalam.

Menurut jurucakap bomba, mangsa dilaporkan tidak kembali kerumah oleh bapanya selepas keluar dari rumah kediaman mereka di Kampung Stungkor Lama untuk memeriksa bubu ikan di sungai.
"Mangsa dijumpai enam meter dari aras tanah dan disahkan meninggal dunia.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sehingga berita ini ditulis, punca sebenar kematian masih disiasat.


Kenali Tiang Belawing khazanah seni dan kebudayaan Kenyah


Tiang Belawing atau Belaka merupakan lambang khazanah seni dan kebudayaan komuniti Kenyah. Biasanya ia diperbuat dari pohon kayu yang besaiz sedehana  dengan ketinggian sekitar 30 hingga 35 meter. Kayu yang telah dipilih akan dikopek kulitnyan kemudian akan di keringkan. Setelah itu, barulah batang pokok tersebut akan diukir dengan bermacam-macam motif dengan ciri khas ukiran suku kaum Dayak.

Di Uma Bakah, Sungai Koyan, Belaga, Kapit, Tiang Belawing dengan ketinggian 24 meter telah dibina menggunakan kayu belian. Masa yang diambil oleh penduduk di Uma Bakah  untuk menyiapkan sepenuhnya corak dan ukiran pada tugu kayu tradisional ini adalah kira-kira 5 bulan sebelum tiang ini dapat didirikan.

Tiang Belawing  di Uma Bakah dikatakan yang tertinggi di Sarawak

Thursday, 8 December 2016

Buaya yang menghuni Tanah Perkuburan Islam berjaya ditangkap

Kuching - Seekor buaya yang didapati telah menghuni tasik di kawasan Tanah Perkuburan Islam Semariang telah berjaya di tangkap pada pukul 8 pagi tadi. Kewujudan haiwan reptilia tersebut telah menggemparkan penduduk persekitaran dan netizen beberapa hari yang lepas.

Bimbang dengan kejadian yang tidak diingini berlaku, orang ramai dan pihak berwajib cuba memasang umpan untuk menangkap buaya tersebut.


Menurut Wan Mazlan Wan Median, Kakitangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang terbabit dalam operasi tersebut, buaya berkenaan ditangkap selepas termakan umpan yang dipasang petang semalam.

Buaya jantan dengan kepanjangan 7 kaki tersebut akan dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang jika masih hidup.





Wednesday, 7 December 2016

Permohonan BR1M 2017 telah dibuka


PUTRAJAYA: Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dibuka mulai 5 Disember hingga 31 Disember ini, kata Kementerian Kewangan.

Dalam satu kenyataan semalam, ia berkata notis dan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2017 akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua Februari 2017.

Bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada pertengahan Februari tahun depan, kata kementerian itu.

“Kerajaan berhasrat pembayaran BR1M tahun 2017 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian.

“Pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi,” kata kementerian itu.

Borang BR1M 2017 boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM),  Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM  dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.

Kementerian Kewangan berkata pemohon perlu menyediakan dokumen tambahan seperti salinan kad pengenalan waris/tanggungan, dokumen slip pendapatan atau dokumen lain yang berkaitan.

Kementerian itu berkata permohonan juga boleh dibuat di portal rasmi BR1M LHDNM https://ebr1m.hasil.gov.my.

“Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod.

“Aplikasi eBR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata penerima BR1M 2016 sedia ada juga perlu membuat pengemaskinian maklumat terkini.

“Permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses atau gagal,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000  dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, beliau mengumumkan  pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. — Bernama

Cara Buat Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2017

Untuk makluman, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank bagi membolehkan urusan pembayaran BR1M. Permohonan baru pula perlu mendaftar.

1. Online
Bagi permohonan baru atau kemaskini BR1M 2017 secara Online, ianya boleh di buat di Portal Rasmi eBR1M LHDN Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my/.
Permohonan Baru BR1M 2017 klik PERMOHONAN BARU
Kemaskini BR1M 2017 klik KEMASKINI

2. Manual
Permohonan baru dan pengemaskinian borang boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2017 secara percuma di link download di bawah ini :-



Borang  BR1M  2017  yang  telah lengkap diisi boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:
Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
Pejabat Daerah/ Pejabat Residen

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:



Kebakaran berlaku di City One Megamall



Pengunjung gempar apabila telah dikesan berlaku kebakaran di tingkat Bawah,City One Megamall kira pada pukul 9.15 pagi tadi. 

Pihak bomba yang tiba ke tempat kejadian melaporkan mendapati kebakaran kecil melibatkan pendawaian elektrik (palam) lampu hiasan pokok krismas di tingkat bawah berdekatan Summer set Bay. 

Kebakaran berjaya dipadamkan oleh perkerja kedai dan dimaklumkan kebakaran 2% sahaja anggaran luas kebakaran 10' X 10'dan telah terkawal sepenuhnya. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.






Gempar Bumi 6.4 magnitud landa Acheh



BANDA ACHEH: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala berpuluh lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan selepas gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh di Sumatera, Indonesia hari ini, kata pihak berkuasa. Gegaran pada kedalaman cetek dengan catatan rekod terkini 6.5 magnitud itu menggegarkan utara bandar kecil Reuleuet, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).


Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan. Menurut pegawai tempatan gegaran berlaku sekitar awal pagi, ketika majoriti penduduk wilayah Islam itu sedang bersedia untuk solat subuh.

Pegawai Daerah, Apriadi Achmad berkata, seorang lelaki tua dilaporkan meninggal dunia, berkemungkinan akibat serangan jantung dan dikhuatiri berpuluh-puluh lagi dipercayai terperangkap di dalam runtuhan rumah.


"Beberapa rumah kedai dan kediaman runtuh di daerah Pidie Jaya dan pemiliknya dipercayai masih terperangkap," kata Achmad yang juga ketua pejabat pengurusan bencana tempatan, kepada AFP.





"Kami kini menggerakkan jentera berat untuk membantu, dan berharap dapat menyelamatkan mangsa yang terperangkap," katanya. Ahli seismologi berkata, gempa bumi itu dirasai di kebanyakan wilayah Acheh, yang pernah hancur di badai tsunami Lautan Hindi pada 2004.
Ketua Meteorologi, Klimatologi dan Agensi Geifizik tempatan, Eridawati berkata sekurang-kurangnya lima gegaran susulan direkodkan setakat ini. - AFP

Tuesday, 6 December 2016

Bolasepak : Anak Sarawak wakil Malaysia ke UK


Pemilihan Muhammad Yusri Haziq Idris dalam program ‘Million Dollar Feet’, telah pun berangkat ke United Kingdom (UK) pada pertengahan November lepas untuk mempamerkan bakat kepada pencungkil bakat dan jurulatih dari kelab besar Eropah di sana.

Ketika berada dalam sesi ujian (trial) di Nottingham Forest pada minggu lepas, scouts dari kelab utama seperti Man Utd, Chelsea, Everton dan Liverpool turut sama menyaksikan pemilihan tersebut. Adam dan Yusri turut diberi peluang meneroka sendiri City Ground, gelanggang rasmi Nottingham Forest selain dibawa menyaksikan perlawanan secara langsung pasukan Liverpool di Anfield.



Muhammad Yusri, 14, berasal dari Kampung Sayung, Limbang merupakan seorang daripada dua peserta terbaik daripada program ‘Million Dollar Feet’ yang dianjurkan MDF Events Sdn Bhd dengan kerjasama FAS.


Seorang lagi ialah Adam Roshan dari Kuala Lumpur, selepas pemilihan dilakukan melibatkan 10,000 peserta yang mengambil bahagian dalam program tersebut yang telah diadakan di seluruh negara pada September hingga Oktober lalu.

Muhammad Yusri yang bersekolah di SMK Tabuan Jaya merupakan pemain pasukan B14 SSN Sarawak yang bersaing dalam Liga KPM 2016 dan pernah menerima tawaran SSM di Johor pada tahun lepas.

Selain itu, beliau juga pernah menerima tawaran untuk menyertai Pasukan B Bukit Jalil di bawah program NFDP/PPBN 2016 anjuran MSN ber sama KPM.


MDF adalah ejen projek mencari bakat-bakat muda untuk sesi percubaan dengan kelab-kelab Eropah dengan idea meletakkan pemain bola sepak Malaysia yang pertama di peta dunia yang bakal berkhidmat dengan pasukan kelab terkemuka di Eropah.

Kenali Buah Kembayau


Buah kembayau ialah spesies buah nadir daripada famili Burseraceae yang terdapat di Sarawak banyak terdapat di bahagian Sibu, Sarikei, Kanowit, Bintangor, Song dan Kapit. Penyelidikan saintifik ke atas dabai mendapati buah itu sangat kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.


Kembayau atau dalam sebutan lainnya, Dabai, Dabei atau nama saintifiknya (Canarium odontophyllum) bukan setakat terdapat di Sarawak atau kepulauan Borneo, malah ia juga tumbuh di Queensland Australia, Thailand, Filipina, Myanmar dan China.

Disebabkan kekayaan kandungan antioksida yang terdapat pada dabai ia berpotensi dijadikan bahan utama dalam pengeluaran produk makanan serta kosmetik. Buah dabai juga mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium dan kalsium.

Lazimnya dabai sudah mula boleh dipetik dari pokoknya apabila telah berubah ke hitam atau warna kemerah-merahan seperti anggur. Buah ini bermusim dan hanya akan berbuah dua kali setahun. Harga buah dabai boleh mencapai sehingga RM40 sekilo mengikut gred dan akhirnya akan menjadi murah apabila musimnya telah mencapai klimaks.


Bagi mereka yang belum pernah merasai buah ini mungkin belum mengetahui cara penyediaan buah dabai sebelum dimakan. Ia bukan seperti buah lain yang siap sedia terus di makan. Buah dabai perlu dicuci bersih terlebih dahulu agar getah yang terdapat dibuah dabai hilang dan bersih. 

Kemudian direndam buah dabai ke dalam air untuk merubahkannya menjadi lembut. Namun kena berhati-hati, merendamkannya ke dalam air yang terlalu panas akan menyebabkan ia sentiasa keras. Air yang digunakan hendaklah suam-suam kuku dan dibiarkan beberapa minit sebelum boleh dimakan. Toskan air tersebut dan letakkan sedikit garam atau kicap dan gaul sehingga sebati

Buah dabai yang telah dipetik dari tangkai


direndam ke dalam air suam-suam kuku
Buah dabai yang baru, isi dalamnya berwarna kuning terang, manakala jika ia telah kelihatan berwarna kemerahan, menandakan ia telah lama. Sebab itulah jika anda membeli buah dabai dengan isinya berwarna kuning, hendaklah terus dihidangkan kerana kuatir jika berubah ke warna merah, rasanya akan kurang enak.

Digaul bersama garam

Digaul bersama kicap


Buah dabai juga boleh dimakan dengan cara memisahkan isi dari bijinya dan terus di goreng atau dicampur bersama nasi untuk dibuat hidangan nasi goreng.

Nasi goren dabai

Pasaran Buah dabai bukan hanya setakat dijual secara mentah, malah kerajaan Sarawak sudah membuat kajian dan menghasilkan dabai dalam pelbagai bentuk seperti pembuatan aiskrim berperisa dabai, sabun, keropok dabai, mayonis dabai, Sos dabai dan pes perencah dabai. Ini akan menambal nilai komersial barang yang yang berasaskan buah dabai.

Mayonis Daba