Pages

Monday 14 November 2016

Pelajar lemas telah dijumpai


14 Nov - SANTUBONG : Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Azaharul Sahari mayat mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat berkayak, resort kawasan itu yang turut menyertai operasi mengesan mangsa.

Jelasnya, mangsa dijumpai tidak jauh dari lokasinya dilaporkan hilang berhampiran kawasan berbatu.
Azaharul yang ditemui pemberita di lokasi kejadian dekat Telok Bandung turut mengesahkan tidak terdapat sebarang kesan serangan haiwan buas di badan mangsa.

Semalam, Allahyarham Aslam dilaporkan hilang selepas gagal untuk berenang kembali ke pantai bersama dua lagi rakannya.


--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment