Pages

Monday, 9 May 2016

(Video & Gambar) Pertandingan Lumba Berakhir Tragedi, Pemandu Maut Tercampak Keluar



MIRI: Sebuah pertandingan kereta pecut yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang peserta maut selepas kereta yang dipandunya untuk kategori "Drag Race" hilang kawalan.



Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata, mangsa Wong Teck King, 37, yang memandu kereta berkenaan  tercampak keluar dari keretanya itu ketika perlumbaan sedang berlangsung pada jam 1.40 tengahari semalam (8 mei 2016). Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.



Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan selepas melalui garisan penamat sebelum terbabas di kawasan kebun berdekatan. 

Kereta mangsa sebelum kejadian yg telah meragut nyawa pemandu



--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment