Simunjan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Nancy Shukri hari ini menerima watikah perlantikan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam.
Watikah berkenaan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu majlis selepas Program Walkabout Jabatan Pertahanan Awam di Kampung Simunjan Jaya.
Dalam majlis yang sama, seramai 24 mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di kawasan tersebut pada 20 Februari hingga 2 Mac lalu, menerima sejumlah RM500 seorang.
Ia merupakan bantuan wan ihsan kali keenam bermula 19 Februari lalu dengan jumlah 1,568 keluarga terlibat dan peruntukan sebanyak RM784,000.00.
Majlis penyerahan masih diteruskan dengan kawasan-kawasan yang belum diberikan bantuan tetapi permohonan telah diluluskan yang melibatkan 2,768 keluarga dengan peruntukan berjumlah RM1,384,000.00 juta.
Peruntukan disalurkan oleh kerajaan pusat iaitu :-
1. Sibu (122 keluarga)
2. Serian (1,553 keluarga)
3. Bau (964 keluarga)
4. Sarikei (10 keluarga)
5. Limbang (51 keluarga)
6. Lawas (21 keluarga)
7. Bintulu (47 keluarga)
Selain daripada itu, sumbangan beras Bernas juga diagihkan kepada semua penduduk Kampung Simunjan Jaya.
Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Jabatan Pertahanan Awam, Datuk Ogu Salim dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Zaitub Ab Samad.