KUCHING : Sebuah kereta jenis Perodua Viva terbakar di bulatan BDC Kuching. Api memarak di bahagian enjin dan merebak ke tempat duduk penumpang pada pukul 11.50 pagi tadi(semalam).
Pihak Bomba dan penyelamat menggunakan satu saluran bantu mula air dari tangki jentera untuk memadam kebakaran.
Tindakan pemadaman menggunakan 1saluran bantu mula air dr tangki jentera.
Pemandu kereta tersebut sempat menyelamatkan diri apabila kereta itu terbakar secara tiba-tiba.
Menurut maklumat Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran itu dipercayai bermula dari bahagian enjin kereta dan merebak ke tempat duduk penumpang.
Anggota bomba tiba di lokasi pada jam 12.09 tengah hari susulan menerima panggilan kecemasan pada jam 11.57 pagi dan operasi terkawal pada jam 12.11 tengah hari.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.