Pages

Wednesday, 20 May 2015

Karnival Kebudayaan Bengoh 2015

Tahniah di ucapkan kepada 12 orang Finalis  Ratu Kebudayaan Bengoh yang akan berlangsung 23 Mei 2015 di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) berdekatan Kampung Semadang, Jalan Penrissen.

Gambar dari Kiri : Fulvia Maltia, Cornelia Natasya, Lyrisaa Lister, Madelin Mil, Lenny Iku, Jessy Gantte, Rozalia Repi, Rabbani Marlani, Fiona Wilson and Marrie Asunta (Grandy Mina and Marie Alexandria Beatruce, tiada dalam gambar) 
Orang ramai dijemput mengunjungi Karnival Kebudayaan Bengoh 2015 yang akan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei 2015.

Selain pertandingan  Ratu Kebudayaan Bengoh, pengunjung juga berpeluang menyaksikan sendiri penampilan khas oleh kumpulan wanita dari Kampung Semban yang dikenali sebagai ‘The Six World’s Renowned Ring Ladies’ selain menikmati acara-acara kebudayaan seperti pertandingan bermain gong dan persembahan tarian kebudayaan.

Pada masa sama, Dr Jerip berkata turut akan berlangsung ialah pertandingan kugiran – Battle Of The Band serta Pameran Merakyatkan Perkhidmatan Awam oleh pelbagai agensi kerajaan dan badan-badan korporat.

Orang ramai juga akan berpeluang bertemu dengan enam orang wanita dari Kampung Semban ini yang memakai tembaga bergelung pada lengan dan betis mereka, yang disebut ‘ruyang’ dan ‘rasung’.

Wanita-wanita ini juga akan memakai pakaian tradisi mereka sambil menyambut kedatangan pengunjung ke karnival ini dan sesiapa yang berminat boleh bergambar bersama mereka dengan sedikit bayaran.

Pengunjung turut akan menyaksikan acara sukan lasak berprestij iaitu Padawan International 4×4 Extreme Off-Roaders Challenge.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment