Pages

Tuesday 7 April 2015

Asal Usul Sebenarnya Melayu Sarawak



Tidak banyak yang kita tahu tentang asal usul Masyarakat Melayu di Sarawak suatu ketika dahulu. Adakah kewujudan Melayu Sarawak sama dengan asal-usul Melayu di Tanah Melayu. Ada beberapa edisi menyatakan kewujudan Melayu Sarawak adalah berasal dari keturunan Melayu berbangsa Abang dan Awang, Melayu Arab, Melayu Brunei dan Melayu Campuran Sarawak.

Dalam edisi lain pula menyatakan Melayu Sarawak adalah berketurunan Orang Asli Sarawak dan bukannya pendatang. Kali ini, secara ringkasnya Admin nak terangkan tentang asal usul Melayu Sarawak dan Orang Asli Sarawak.

Di Sibu misalnya, pada masa dahulu masyarakat ini tinggal di pulau-pulau antaranya Pulau Kerto dan Pulau Keladi. Sebelum wujudnya sistem beraja di Sarawak, mereka memperkenalkan diri mereka sebagai "Urang Pulo". 

Masyarakat Melayu Sarawak gemar tinggal di kawasan persisiran pantai dan tidak hairanlah ketika kemasukan Islam di Sarawak, penyebaran agama Islam sampai terlebih dahulu kepada mereka dan sehingga hari ini Melayu sinonim dengan Islam.

Ketika ada yang memeluk Islam, masyarakat Iban akan berkata, "udah nyadi laut". "Laut" dalam istilah Iban merujuk kepada masyarakat yang mendiami kawasan di tepi laut iaitu masyarakat Melayu.

Identiti masyarakat Orang Asli Sarawak yang memeluk agama Islam mulai hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya terus lenyap dan diganti dengan gelaran "Urang Laut".

Namun sehingga kini, kewujudan masyarakat Melayu masih diragui. Admin percaya, ada di antara Melayu pada masa kini juga berketurunan India atau cina tetapi telah berkahwin campur dan telah di Melayukan. Seperti Admin sendiri, Datuk india mari, Nenek Melayu Sarawak tetapi bapa admin telah di Melayukan. Emak Admin Cina. Memang pening kepala nak fikir kan?

1 comment:

  1. Mun ekot sejarah kaum melayu antara masyarakat terawal mendiami sarawak tok. Umum tauk sebelum keluarga brooke, sarawak tok di bawah kuasa kerajaan kesultanan melayu brunei. Kerajaan melayu brunei sudah wujud seawal abad 1 or 2 lagi. Pelabuhan santubung yg didiami kaum melayu dh wujud seawal abad ke-10. Tokoh melayu kedak datuk merpati jepang hidup sekitar abad ke15. Manakala kaum dayak iban muncul di sarawak baru jk pada abad ke18 dari sekitar saribas kalimantan..

    Tapi mmg betul pun org melayu boleh dikatakan sebagai 'org laut' sbb org melayu sejak dahulu kala agik mmg ditauk sbg pelaut yg handal dan banyak bermastautin di sekitar kepulauan asia tenggara tok.. sbb ya kawasan nusantara tok dikenali sebagai kepulauan tanah melayu, atau malay archipelago oleh kebanyakan sarjana

    ReplyDelete