Pages

Thursday, 20 June 2013

Kampus Samarahan 2 di buka Oktober ini


Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Kampus Samarahan Dua yang dijangka beroperasi mulai Oktober ini dan bakal menyediakan peluang sekurang- kurangnya 4,000 pelajar dan lebih luas kepada anak Bumiputera melanjutkan pengajian ke menara gading.
Kampus UiTM Samarahan 2 mempunyai keluasan pembangunan fasa pertama 88 ekar daripada 1,000 ekar luas keseluruhan kampus yang terletak di Kampung Pinang ini dijangka akan beroperasi mulai oktober nanti.

Kampus UiTM Samarahan Dua di Kampung Pinang merupakan projek pertama dibina dan siap dengan menggunakan pendekatan PFI (Private Finance Incentive) yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta.

Jumlah pelajar UiTM Sarawak mencecah 8,000 orang meliputi pelajar di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda termasuk pelajar yang mengikuti pengajian jarak jauh. UiTM Sarawak yakin mampu mencapai sasaran untuk mempunyai 10,000 dengan siapnya kampus ini kelak.
UiTM Samarahan 2 akan memperkenalkan dua lagi program baharu iaitu Diploma Pengurusan Halal dan Diploma Pengeluaran Herba melalui dua penggunaan bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin.




        Program Pengajian Sains Komputer
& Pengurusan Teknologi Pejabat & Pelancongan
      Diploma Sains Komputer (CS110)
      Diploma Pengurusan Pelancongan (HM111)
      Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BM118)
      Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) (BM232)


Program Sains Sosial & Kemanusiaan 
      Diploma Pentadbiran Awam (AM110) 
      Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) (AM228)  

Program-Program
      Diploma Kejuruteraan Awam (EC110) 
      Diploma Bangunan  (AP116)  

Program Sains Gunaan 
Diploma Sains (AS120) 
Pra Diploma Sains (PD008) 
Diploma in Teknologi Makanan (AS116) 
 Diploma Kimia Perindustrian(AS115) 
 Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia(AS202)  

  • Diploma Pengurusan Halal (IS120) 
Program-Program dibawah InED

e-PJJ
      Diploma Pentadbiran Awam (AM110)
      Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) (AM228)
      Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran) (BM220)
      Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Kewangan) (BM222)
      Diploma Pengurusan Maklumat (IM110)

PLK
      Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian (AC220)
      Diploma Pengajian Perniagaan (BM111)
      Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran) (BM220)
      Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengkhususan Dalam Bahasa Inggeris (ED220)

 













2 comments:

  1. Hai.
    Boleh saya tahu kos pengurusan sistem pejabat ni kos pasal apa?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam saya nak tanya, kalau saya dapat sambung degree ke uitm samarahan 2, tiket flight disediakan ke macam mana ?

    ReplyDelete