Tuntutan Sulu ke atas Sabah
adalah PALSU kerana Kesultanan Sulu tidak diiktiraf oleh Filipina. Istana
Malacanang melalui Memorandum Order No. 427 telah membatalkan sah taraf
Kesultanan Sulu yang dipegang oleh Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan. Tuntutan
"tentera Sulu" ke atas Sabah kini lebih bersifat Pelarian Ekonomi
memandangkan Sabah lebih kaya berbanding Filipina. Lagipon pembayaran Cession
Money sebanyak USD 5000 setahun kepada waris Sulu bererti waris Sultan Sulu
telah menerima hakikat bahawa Sabah telah diserahkan kepada Malaya. Suruhanjaya
Cobbolt tahun 1963 telah menyatakan hasil bancian majoriti penduduk Sabah dan
Sarawak mahu merdeka di dalam Malaysia.
1. Siapakah Yang Menceroboh?
Kumpulan penceroboh yang dikenali
sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1
datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400
orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai
oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram
III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk
jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.
2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini
Mewakili Kesultanan Sulu?
Tidak...Ini kerana kerajaan
Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd.
Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku
sebagai Sultan Sulu:
Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram,
anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd.
Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa
beliau sebagai sultan.
Kedua, Ismael Kiram II, abang
kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.
3. Apakah Tujuan Kumpulan
Penceroboh?
‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III
menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
“Mengapa kami harus meninggalkan
rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami).
Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar
pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2
4. Adakah Filipina Pernah Membuat
Tuntutan Terhadap Sabah?
Ya.
Filipina membuat tuntutan
terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di
Filipina, memiliki hak ke atas Sabah. Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar
dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian
mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5
5. Adakah Malaysia Boleh Membuat
Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan
Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?
Sabah tidak pernah menjadi pusat
Kesultanan Sulu.
Malah, Sabah dianggap kurang
penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo
Company pada 22 Januari 1878.
6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang
Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?
The Manila Times melaporkan
bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Anwar
Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.
ABS-CBN News melaporkan bahawa
kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik
pembangkang:
A Philippine military officer
interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the
Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been
invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
7. Benarkah Malaysia Membayar
Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?
Tidak.
Malaysia membayar ‘cession money‘
sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.
‘Cession money‘ ialah bayaran
penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain
di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:
1. Louisiana, diserah oleh
Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau
kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia
kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.
cession
8. Apakah Wilayah Yang Menjadi
Hak Kesultanan Sulu?
Royal House of Sulu9, laman web
rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak
Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan
Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia.
Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.
Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi
sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM
(Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM
dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai
Bangsamoro.
9. Adakah Filipina Mengiktiraf
Kesultanan Sulu?
Tidak.
Kali terakhir kerajaan Filipina
mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika
itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan
Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.
Sejak kemangkatan Sultan Mohd.
Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana
individu sebagai Sultan Sulu.
Memorandum Order No. 427 ialah
bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang
memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas
itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah
yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.
10. Adakah Ini Bermakna Filipina
Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
Filipina dilaporkan pernah
memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih
pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi
menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.
Namun, sebaik sahaja mengetahui
matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh
orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar
dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed
Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini.
Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali
sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre
(Pembunuhan Corregidor).
William Larousse10, Michael
Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis
yang telah melaporkan kejadian ini.
11. Apakah Peluang Filipina Untuk
Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ)?
Tipis.
Pertama, kerana waris Sultan Sulu
telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan
Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak
(leased), kepada British North Borneo Company.
Kedua, kerana Kerajaan Filipina
telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd.
Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Geran pajakan yang dijadikan
sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam
dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British
North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.
Ketiga, geran pajakan yang
ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu
telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.
Sepanyol, yang menguasai
wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian
dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala
tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:
Article 3
The Spanish Government
relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty
over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have
belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the
neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those
islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which
form part of the territories administered by the Company styled the ‘British
North Borneo Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan
kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah
benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh
Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang
berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di
sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh
Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14
Keempat, Kesultanan Sulu dianggap
telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian
Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada
Amerika Syarikat.
Kelima, kerajaan Malaysia telah
mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para
penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan
Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan
oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil
kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of
Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang
pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
Keenam, laporan Suruhanjaya
Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah
dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek
Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang
terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang
mahukan pentadbiran British diteruskan.
Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U
Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan
status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui
penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka”
(“wish to bring their dependent status to an end and to realize their
independence through freely chosen association with other peoples in their
region”).15
Kelapan, jika Kesultanan Sulu
mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi
Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata,
malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo,
selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di
Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun,
Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah
yang terletak di Filipina ini.
Justeru amat jelas, tuntutan Sulu terhadap Sabah
adalah mengarut ....