Pages

Thursday, 17 January 2013

Sana-sini durian crepe


Durian Crepe adalah sejenis makanan pencuci mulut. Boleh juga dimakan ketika minum petang. Apa itu durian crepe? Makanan ini menjadi sebutan lebih-lebih lagi di musim durian. Di Facebook lagi hebat diperkatakan sehingga ramai yang ingin mencubanya.

Durian crepe sekarang ini mudah didapati di mana-mana jua antaranya Tesco, AEON dan yang paling hebat diperkatakan adalah di Sumptuous Mid Valley dan Sweet Chat The Mines.

Durian crepe ini terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan luar iaitu tepung gandum yang dibancuh dengan majerin, telor, susu segar, seperti resepi kita membuat penkek atau lempeng. Lapisan tengah pula ialah krim ataupun kita boleh tukar dengan kastad. Kemudian akhir sekali barulah isi durian. Jika isi duriannya sedap maka sedap lah durian crepe tersebut.

Durian crepe ini pada kebiasaannya dijual pada harga 6 biji RM10. Lebih menjimatkan jika anda mencuba sendiri di rumah. Rasa durian crepe ini terpulang pada individu ada yang sangup makan berulang dan ada juga yang mencuba sekali sudah cukup. Apapun kalau inginkan rasa lebih asli lebih baik makan isi durian sebenar lebih nikmat dan memberi kepuasan. Tepuk dada tanya selera.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment