Pages

Tuesday, 28 November 2017

Kristian boleh guna kalimah Allah di S’wak, tidak halang Oktoberfest — Abg Johari


MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berbangga kerana Sarawak terkenal dengan keharmonian masyarakat berbilang kaumnya.

Beliau turut mengutip pengakuan tokoh profesional termasuk Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye yang meletakkan Sarawak sebagai negeri yang berjaya mempromosikan keharmonian.

Abang Johari berkata, masyarakat majmuk di Sarawak bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.

Abang Johari berkata, “kita tidak halang penganut Kristian menggunakan kalimah Allah. Kita tidak halang penganjuran Oktoberfest…”

Menurut beliau, yang penting ialah perpaduan yang kukuh antara rakyat, dengan kerajaan terus berusaha menolak apa-apa bentuk ekstremisme.

Berucap pada majlis perasmian pesta “Taste of Borneo 2017” di tapak parkir kenderaan di pusat beli-belah Boulevard, Abang Johari berkata Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menentang ekstremisme dan isu perkauman yang tidak sihat daripada memasuki Sarawak dan seterusnya menjadi budaya penduduk di negeri ini.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar mengamalkan budaya hidup berganding bahu bekerjasama, bertoleransi demi mengekalkan perpaduan, kerjasama antara kaum agar keharmonian dapat terus dikekalkan.

Pada majlis tersebut, Abang Johari turut menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Pusat Informasi Islam Sarawak dengan Persatuan Cina Sarawak. – Sarawakvoice

Sarawak bakal tubuh stesen tv sendiri, Abang Jo kesal liputan lemah mengenai Sarawak oleh TV3 dan RTMì


SIBU: Kesal dengan tindakan stesen televisyen swasta TV3 dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang jarang memaparkan berita tentang Sarawak, serta mempersembahkan bahan tentang Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam membayangkan negeri ini bakal memiliki stesen televisyennya sendiri.
Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan PBB Nangka, Pelawan, Dudong, Bawang Assan dan Bukit Assek ( Zon 10) di Hotel Kingwood, dekat sini semalam.
“Banyak lagi yang mahu kita lakukan selepas ini. Mungkin menghantar satelit di angkasa lepas… siapa tahu?
“Kalau sudah ada satelit, kita mungkin mampu mempunyai televisyen kita sendiri. Tidak perlu bergantung dengan RTM dan TV3.
“Mungkin stesen televisyen ini akan wujud pada masa saya … mudahan umur saya panjang,” katanya.
Abang Johari berkata, dengan mempunyai stesen televisyen sendiri, ia akan membuka peluang kepada pembekal drama dan kandungan visual dari Sarawak, serta saintis sosialnya mempromosikan keunikan budaya masyarakat negeri ini.
Sarawak kini mempunyai siaran percuma TV1, TV2 dan TV3 manakala TV Al Hijrah menghentikan siaran percuma pertengahan bulan ini apabila ia berintegrasi dengan MyTV.
Kebanyakan rumah di Sarawak melanggan tv berbayar Astro atau Njoy, manakala yang lain menggunakan HyppTV atau sumber lain.
Namun tidak banyak kandungan Sarawak disiarkan, manakala RTM Sarawak menyediakan segmen berita pendek dalam bentuk kapsul selain satu dua program khas serta siaran TVi.
TV3 pula tidak konsisten menyiarkan berita Sarawak terutama pada waktu puncak manakala saluran lainnya tidak kerap memaparkan kandungan Sarawak, biarpun syarikat itu sentiasa memenangi bidaan jutaan ringgit pada setiap kali pilihan raya negeri.
Kini Sarawak memiliki siaran tunggal tv internet yang dikenali TV Sarawak, namun produksi ini masih terlalu muda untuk menambat hati rakyat Sarawak, lantaran konektiviti internet yang masih lemah di seluruh negeri.

Lagi info : http://bit.ly/2i9eO2i
Kredit : Sarawak Voice

Monday, 27 November 2017

Sarawak mahu Najib terus jadi PM, kata ketua menteri


SARAWAK mahu Najib Razak kekal sebagai perdana menteri kerana beliau mempunyai amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa mendengar masalah rakyat, kata Ketua Menteri Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Ini, katanya, ia terbukti apabila perdana menteri  menangani  permohonan Sarawak berkaitan tuntutan terhadap hak-hak negeri itu yang terhakis sejak pembentukan Malaysia.

Menurutnya, Najib telah berjanji untuk mengembalikan hak-hak berkenaan kepada Sarawak sekiranya ia benar-benar terbukti dan termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia dahulu.

“Jadi kita rakyat Sarawak sangat bernasib baik, jangan ditukar Najib (daripada jawatan perdana menteri). Oleh itu kita mesti berjuang bersungguh-sungguh untuk menentukan  Najib terus jadi perdana menteri,” katanya.


Abang Johari, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berucap merasmikan mesyuarat perwakilan lima cawangan PBB di kawasan Sibu iaitu Bawang Assan, Dudong, Pelawan, Bukit Assek dan Nangka di Sibu hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan.

Sehubungan itu, Abang Johari mengajak rakyat Sarawak terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menuntut semula hak-hak Sarawak dan berterima kasih kepada Najib.

Katanya semua tuntutan melibatkan hak Sarawak yang telah terhakis tersebut dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang, bukan emosi.

Sementara itu, beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin muda dalam PBB yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, supaya tidak gopoh dan berebut-rebut untuk menjawat jawatan-jawatan dalam parti.

Katanya PBB sememangnya memberi peluang kepada pemimpin muda dan melatih mereka untuk mengambil mereka menerajui pucuk pimpinan parti apabila tiba masanya.

“Kita dalam PBB mempunyai budaya, pemimpin bertukar ganti, kita latih orang muda. Jadi orang muda jangan gopoh dan berebut-rebut kerana ini akan menimbulkan kelam-kabut dalam parti,” jelasnya. – Bernama, 26 November, 2017.

Thursday, 23 November 2017

BANGLO-BANGLO BROOKE DI SARAWAK


SUDAH menjadi lumrah apabila adanya pengaruh luar di dalam peta sejarah sesuatu Negara contohnya kesan tinggalan pemerintahan Eropah ianya juga akan meresapi budaya mahupun struktur senibina di dalam Negara tersebut.  

Dan Sarawak juga tidak terkecuali kerana pemerintahan lebih kurang 100 tahun Brooke juga meninggalkan beberapa struktur ala Eropah yang menghiasi lanskap senibina yang kita lihat.   Bangunan Astana, Pejabat Pos Besar Kuching, Muzium Sarawak malah juga kubu-kubu Brooke yang berselerakkan di seluruh pelusuk Sarawak juga adalah antara mercu tandanya.  

Menyelusuri sejarah senibina ini juga kita tidak boleh melupakan struktur kediaman ataupun dengan panggilan banglo yang menjadi kediaman Brooke mahupun penjawat awam bangsa Eropah yang bekerja dengan Kerajaan Sarawak Kingdom suatu waktu dahulu. 

Bagi mengimbau sedikit memori silam apa yang ditampilkan di dalam artikel ini adalah untuk kita cuba mengenali antara banglo-banglo Brooke di Sarawak yang agak terkenal suatu waktu dahulu.   

1. Banglo Crookshank

Merupakan banglo yang didirikan pada tahun 1908 oleh Rajah Charles Brooke.

Lokasinya adalah berdekatan dengan sebuah jirat Cina di Jalan Crookshank dan ianya merupakan binaan kayu belian keseluruhannya.  Ianya pada awalnya dikhaskan untuk kediaman penjawat Eropah dan dibahagian bawahnya pula dijadikan kandang kuda milik Rajah Charles Brooke.  

Di ketika pemerintahan Rajah CV Brooke pula, banglo ini menjadi bangunan kerajaan iaitu menempatkan pejabat para doktor dan jururawat Sarawak.  Dan apabila Sarawak menjadi tanah jajahan Koloni British Borneo, banglo ini menjadi kediaman pegawai Inggeris pula.  

Diceritakan banglo ini juga sewaktu zaman Jepun digunakan oleh tentera Jepun sebagai kawasan pejabat dan asrama mereka serta penjara untuk mana-mana individu yang tidak menerima pendudukan Jepun di Sarawak.  Mendengar cerita sejarah ini sahaja sudah cukup untuk menyatakan betapa “kerasnya” banglo ini.  

2. Banglo Astana

Jangan terkeliru dengan banglo Astana dengan Astana yang menjadi kediaman rasmi TYT Sarawak sekarang kerana yang dimaksudkan banglo Astana ini adalah sebuah banglo yang berdekatan dengan Astana. Mungkin warga Kuching sendiri pernah melihatnya kerana ianya hanya dirobohkan sekitar tahun 1990an dan sering menjadi tempat untuk jurukamera mengambil gambar perkahwinan.  

Menurut sejarahnya banglo ini dibina oleh Rajah Charles Brooke untuk kegunaan kediaman bagi pegawai Eropah yang menguruskan kediamannya suatu waktu dahulu iaitu Astana. 


3. Banglo Moore 

Berbeza dengan banglo yang lain untuk Banglo Moore pula didirikan oleh seorang warga Eropah yang bernama Mr. Moore.  Beliau dikatakan antara orang kanan kepada Rajah Charles Brooke di dalam urusan kewangan Sarawak Kingdom suatu waktu dahulu.  Banglo ini mempunyai ukiran “Moore” di bahagian dinding bumbungnya.  

Lokasinya adalah di kawasan parkir Wisma Bapa Malaysia sekarang.  Ianya dirobohkan sekitar tahun 1960an bagi memberikan ruang pembangunan untuk kawasan Petra Jaya. 

4. Banglo Briged PGA

Banglo ini tidak mempunyai nama tetapi dipercayai menjadi kediaman satu keluarga Inggeris yang bekerja dengan Rajah Charles Brooke.  Lokasinya terletak di tengah-tengah kem Briged PGA suatu waktu dahulu atau sekarang merupakan Taman Rekreasi Wisma Bapa Malaysia. 

Dirobohkan sekitar tahun 1970an iaitu untuk membenarkan pembangunan Wisma Bapa Malaysia didirikan.  

5. Banglo Jalan Siol

Dirobohkan sekitar tahun 1960an merupakan sebuah banglo yang menjadi kediaman pejawat Inggeris Kerajaan Sarawak Kingdom.  Lokasi tapak banglo ini adalah sebenarnya pintu masuk SMK Tun Abang Haji Openg lama dahulu sebelum dipindahkan.
  

6. Banglo Santubong 

Santubong selain terkenal dengan legenda serta Gunung Santubongnya juga terkenal dengan banglo Brooke.  Ianya merupakan banglo persinggahan untuk keluarga Brooke menikmati suasana pantai serta pemandangan laut.  Dan tidak kurang juga perkaitan banglo Santubong dengan seorang saintis yang bernama Alfred Russel Wallace.  

Disinilah Alfred Russel Wallace yang menjejakkan kakinya kali pertama ke Sarawak pada tahun 1854 tinggal sambil menulis serta mengutip specimen hutan untuk dijadikan bahan eksperimen.  

Binaan banglo Santubong ini adalah kayu pada keseluruhannya sebelum ditukar menjadi konkrit mengikut peredaran waktu.  Di Santubong sahaja dikatakan mempunyai 3 buah banglo yang didirikan sebelah menyebelah.  

7. Banglo Peninjau

Ini merupakan banglo yang paling tertua di antara banglo-banglo yang didirikan di zaman pemerintahan Brooke. Ianya didirikan sendiri oleh Rajah James Brooke di puncak Bukit Serumbu.  Dinamakan dengan “Peninjau” kerana dipercayai disinilah bermulanya Brooke membuat peninjauan bagi melindungi wilayah Serumbu diserang oleh orang-orang Skrang. 

Banglo Peninjau ini juga turut menjadi kediaman Alfred Russel Wallace membuat pengkajian botaninya pada tahun 1855. Banyak rentetan sejarah dunia eksplorasi Wallace bermula disini dan ianya juga sekarang turut dikenali sebagai antara jejak Wallace di dunia Melayu “The Malay Archipelago”.  

8. Banglo Segu

Banglo Segu pula sekarang berada di Park Lane, Kuching dan sesuatu yang menarik mengenai banglo segu ini sebenarnya dibina pada tahun 1880 oleh Rajah Charles Brooke.  Namun ianya bukan dibina di Kuching sebaliknya di Kampung Benuk yang mana pada ketika itu ianya merupakan lokasinya ladang getah milik Rajah Charles Brooke.  

Dikatakan selepas sahaja Rajah CV Brooke memerintah beliau telah memindahkan banglo segu ke Kuching iaitu di lokasi sekarang.  Dan banglo ini diwarnai dengan cerita pesta-pesta orang putih suatu waktu dahulu yang mana Rajah CV Brooke memang dikenali sebagai antara rajah Sarawak yang paling gemar bersosial.  

9. Banglo Vellambrose

Suasana di kaki gunung Serapi sudah tentu menjadi tarikan kepada keluarga Brooke yang berasal dari benua Eropah. Udara nyaman dan sejuk serta dikelilingi hutan menyebabkan Brooke juga turut membina sebuah banglo nya di kaki Gunung Serapi.  

Dan ianya juga sebenarnya banglo percutian serta banglo “kerja” memandangkan disinilah dahulu adanya ladang teh dan kopi milik keluarga Brooke diusahakan.  Kedatangan ramai buruh-buruh pemetik teh dan kopi serta penjaga lembu dan kambing keluarga Brooke juga mewarnai cerita banglo yang dinamakan dengan Vellambrosa yang dibina pada tahun 1867.   

10. Banglo “Jambu” 

Banglo ini bukanlah bernama “Jambu” pada asalnya sebaliknya sekarang ianya sudah menjadi sebuah lokasi restoran dan lounge yang terkenal di Kuching yang dikenali sebagai Jambu Restaurant & Lounge.  

Di ketika era Brooke, banglo ini didirikan untuk penempatan penjawat awam Sarawak Kingdom dan selepas itu di ketika pemerintahan Rajah CV Brooke pula ianya merupakan pejabat konsulat Negara China di Sarawak pada suatu waktu dahulu.  Di ketika penjajahan koloni British-Borneo ianya juga masih menjadi ruang ibu pejabat mereka.  

Di zaman penjajahan Jepun pula menjadi kediaman antara pegawai tertinggi Jepun memandangkan ianya tidak jauh daripada Banglo Crookshank yang menjadi asrama serta penjara Tentera Jepun.  

Hakikatnya ada banyak lagi banglo-banglo Brooke di seluruh Sarawak yang mungkin tidak boleh dijejaki lagi kerana kurangnya informasi mengenainya.  Apa yang ditampilkan adalah sedikit sahaja jika dibandingkan jumlahnya yang sebenar.  

Dan apa yang lebih menyebabkan ada rasa ralat di hati bagi setiap rakyat Sarawak yang memahami betapa besarnya sumbangan sejarah banglo-banglo ini sudah tentu sedih kerana kebanyakan banglo-banglo ini yang masih ada seumpama kata bidalan hidup segan mati tidak mahu.  

Ada antaranya dibiarkan kerana tidak dipulihara atas nama kengkangan peruntukan dan tidak kurang juga sudah dikomersialkan apabila menjadi hak persendirian yang akhirnya menyebabkan ianya lesap dari pandangan bagi membenarkan pembangunan dilakukan.  

Apa yang pasti di sebalik cerita sejarah banglo-banglo ini juga turut diwarnai dengan cerita mistik dan paranormal yang boleh menyebabkan bulu tengkok naik meremang apabila kita mendengar orang tua-tua kita bercerita tentang pengalaman mereka apabila melalui ataupun berada di banglo-banglo ini.  

Kredit :Borneo Oracle

Tuesday, 21 November 2017

Anggota Polis Maut Kereta Melanggar Papan Iklan


Kuala Lumpur : Tiada lagi abang kepada adik-adik telah pergi dijemput ilahi awal pagi tadi kereta yang dinaiki nya kemalangan.

Dalam kejadian subuh tadi seorang anggota polis maut selepas kereta dinaiki melanggar papan iklan di Jalan Gembira OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian pada 6.50 pagi, mangsa, Nick Mazuan Shah Jaya Shadilan, 32, berasal dari Kuching Sarawak maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan.

Mangsa yang lebih mesra dengan panggilan Nick seorang insan yang sangat baik dia selalu menulis dilaman sosial nya dia akan mengutamakan kelurganya terutama adik-adik memandangkan dia bertanggung jawab sebagai seorang abang.

Apa yang berlaku mengundang pilu dia telah pergi buat selamanya awal pagi tadi pergi dalam tugas kepada bangsa dan negara.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta BMW Z4 yang dipandu seorang lelaki bersama mangsa hilang kawalan sebelum melanggar papan tanda berkenaan.

“Pemandu berusia 35 tahun itu cedera ringan di leher dan kaki sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa yang maut adalah seorang anggota polis berkhidmat di Balai Polis Travers,” katanya.

Ruslan berkata, siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan utama dan mempunyai tiga lorong menghala ke Jalan Klang Lama.

“Keadaan jalan sedikit berbukit dan berselekoh manakala cuaca ketika kejadian adalah baik dengan permukaan jalan yang kering.

“Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

Cara Buat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS

Cara Buat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS


1.Laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my
2.Talian hotline : 1 800 886 800 / 03-8882 6088 / 6245
3.Menerusi aplikasi Ez ADU KPDNKK di Playstore. Hanya telefon pintar yang mengandungi  aplikasi Android 3.0 ke atas sahaja yang boleh memuat turun aplikasi ini.
4.Sms aduan ke 15888
5.Kaunter aduan / pejabat PPDNKK seluruh malaysia


Panduan penggunaan Sistem eAduan melalui laman web E-Aduan

Cara Membuat Aduan

  • Klik Pautan Aduan Baru
  • Isi Borang Aduan mengikut panduan
  • Tekan butang <Semak> untuk paparan skrin seterusnya
  • Tekan butang <Hantar>untuk terus menghantar aduan. Nombor Aduan akan dipaparkan
  • Tekan butang<Tambah Bahan Bukti> untuk memuatnaik fail, Klik butang <Browse> untuk memilih fail bukti dan Klik butang <Hantar Bukti Aduan>
  • Tekan butang <Kemaskini>untuk mengemaskini aduan atau butang <Batal> membatalkan aduan
  • Klik butang <Cetak> untuk mencetak aduan yang telah dilaporkan.


Cara Menyemak Status Aduan

  • Klik Pautan Semakan Aduan
  • Masukkan No Aduan bersama email atau nombor telefon bimbit atau nombor telefon
  • Tekan Butang Semak
  • Paparan Status Aduan akan dipaparkan



Monday, 20 November 2017

Suami ugut bunuh isteri kerana lewat balik kerja


MIRI: Seorang isteri membuat laporan polis pada Rabu lepas selepas suaminya mendatangkan
kecederaan secara fizikal dan mengugut untuk membunuhnya.

TimbalanKetuaPolis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit berkata, laporan dibuat wanita berusia 31 tahun apabila suaminya berusia 35 tahun mengamuk dan cuba menumbuknya namun sempat dielak Katanya, kejadian berlaku di rumah suami isteri tersebut di Kampung Tudan Fasa 3 di sini pada jam 7.04 malam.

“Punca kejadian dipercayai suspek memarahi isteri kerana lambat balik kerja ketika suspek menjemputnya.

“Difahamkan, pasangan sering bertengkar dan suami mencekik serta menampar isteri malah mengugut bunuh isteri dan anak-anak,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam. Stanley berkata suspek ditangkap pada hari sama dan kini direman sehingga 20 November.

“Kes ini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya

Wednesday, 15 November 2017

Permohonan baru/kemaskini BR1M 2018 Bermula 27 NOV 2017 - 31 DIS 2017


**Permohonan baru/kemaskini BR1M 2018 Bermula Pada.. 27 NOV 2017 – 31 DIS 2017**
** Pemohon digalakkan utk mengisi borang kemaskini BR1M 2018 dengan LENGKAP. **
1. Pemohon yg tidak lulus SSM yg hanya dapat RM700 tahun ini dan tidak membuat rayuan khas          pada Julai 2017 yg lalu perlu membuat PERMOHONAN BARU.
2. Pemohon yg tidak mengemaskini sejak BR1M 2014 juga perlu membuat permohonan baru.
3. Pemohon/pasangan/tanggungan yg berdaftar dgn SSM tetapi perniagaan tidak aktif digalakan utk      TAMATKAN SSM. Dokumen penamatan perlu disertakan bersama borang kemaskini/permohonan    baru.
-> tidak termasuk Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan
4. ALERT Pemohon tidak akan menerima surat rasmi mengenai pemberitahuan BR1M 2018 sebaliknya hanya menerima PAMPLET mengenai BR1M dan borang perlu diambil di LHDN terdekat bermula 27 Nov 2017.
5. Waktu Operasi kaunter BR1M 2018 adalah spt berikut :
a) 8.30pg-5.00 ptg (ISNIN-JUMAAT)
b)9.00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)
 Bagi negeri PERLIS, PENANG, PERAK, SELANGOR, KL, N.SEMBILAN, MELAKA dan         PAHANG
c) 8.30pg-5.00ptg (AHAD-RABU)
d) 8.30pg-3.30ptg (KHAMIS)
e) 9.00pg-4.00ptg (29-30 Dis 2017-minggu akhir JUMAAT dan SABTU)
    Bagi negeri KEDAH, KELANTAN, JOHOR dan TERENGGANU
f) 8.00pg-4.00ptg (ISNIN-JUMAAT)
g) 00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)
f) Bagi SABAH dan SARAWAK Tiada kaunter yg akan dibuka pada CUTI UMUM
(MAULIDUR RASUL, HARI KRISMAS dan HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR (utk negeri Selangor sahaja))

Monday, 13 November 2017

CM ABANG JO BERJALAN DI WATERFRONT TENGAH MALAM DAN BELIAU TEMUI?


Untuk makluman, YAB Ketua Menteri Sarawak tidak terus pulang selepas selesai majlis Perasmian The Golden Bridge, sebaliknya beliau bersama isteri dan cucunya meluangkan masa berjalan-jalan di Tebingan Sungai Kuching.

Malangnya, YAB Ketua Menteri melihat sendiri keadaan mercu tanda Sarawak, The Waterfront dan The Golden Bridge dipenuhi longgokan sampah yang ditinggalkan begitu sahaja oleh pengunjung-pengunjung semalam.

Riak wajah Datuk Patinggi kelihatan kecewa kerana terpaksa melalui jalan-jalan yang dipenuhi sampah sarap sehinggakan beliau sendiri terpaksa mengutip sampah-sampah yang berada di kakinya ke tong sampah berdekatan.

Wahai rakyat Sarawak yang dihormati, sememangnya rakyat Sarawak sangat dikenali dengan kesantunan yang tnggi serta peramah. Sebolehnya, mari kita kekalkan imej baik itu dengan amalan dan sikap pembersih. 

Ya, sampah-sampah itu nanti akan dibersihkan juga esoknya oleh petugas-petugas DBKU/MBKS. Tapi, selain mengambil masa yang lama, imej yang ditinggalkan itu menggambarkan peribadi kita. Maokkah sidak omputeh madah "mohai ceridak bena orang Sarawak?" 

This is the time we need change and the most important is to educate our young generations to uphold good vibes and show them how to take care of our own beloved state and country.

Sebab ya CM Abang Jo sik kisah pun kutip sampah, sebab ada pake ajar cucunya, negeri tuk bukan orang-orang macam kita jak nak ngintunya, as a CM he should do the same.

Iboh moha deng. Kelaka ku ajak... Pake beringat dudi ari. Kelak coma-coma kenak cop ceridak dak dak Brad Pitt. hehe

Assalamualaikum.
Oooohhhha You You

Kredit FB : -s.arfandy- 

Sunday, 5 November 2017

Kenyataan Rasmi FAS


Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua penyokong yang tidak pernah lelah menyokong pasukan bolasepak Sarawak khasnya kepada mereka yang terus memberi sokongan biarpun pasukan berada di prestasi yang tidak memuaskan.

Kita akui pencapaian yang kita perolehi tahun ini tidaklah seperti yang kita harapkan. Banyak perkara perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Mohon maaf daripada kami semua.

Keputusan pihak FAS untuk menggunakan seratus peratus pemain tempatan untuk musim hadapan tanpa mengira kancah pertandingan yang akan disertai bukanlah keputusan muktamad. Ini merupakan langkah berani yang terpaksa diambil oleh kami.

Untuk awal musim, pasukan Sarawak akan diwakili oleh kesemua pemain tempatan yang terdiri daripada pemain-pemain yang sedia ada mahupun dipilih melalui pasukan Piala Presiden, Belia mahupun daripada kejohanan Piala Sarawak 2017 yang akan berlangsung pada 4 sehingga 11 November ini di bahagian Mukah.

Sekiranya pemain-pemain tempatan kita mampu bersaing untuk tempoh tersebut, maka tiada keperluan untuk menggunakan pemain import. Namun sekiranya perlu, pengambilan pemain import akan dipertimbangkan sekiranya jendela permindahan pemain (transfer window) tiba. Keputusan untuk tidak mengambil pemain import terus bukanlah muktamad.

Pengambilan pemain-pemain import bukanlah syarat wajib untuk setiap pasukan bertanding. Ini bergantung kepada keperluan dan kemampuan sesebuah pasukan tersebut.

Pihak persatuan juga tidak menolak sumbangan yang telah diberikan oleh pemain-pemain yang tidak disenaraikan untuk musim hadapan. Dengan mengambil kira faktor prestasi, jumlah gaji dan kekerapan kecederaan maka pihak persatuan terpaksa melepaskan anda. Terima kasih diucapkan kepada kalian.

Diharapkan langkah ini akan membuka peluang untuk pemain-pemain tempatan kita berusaha dengan lebih gigih lagi dan tidak mustahil untuk menerima imbuhan yang lebih menarik lagi dengan penjimatan daripada bayaran pemain-pemain import dan lama yang dilepaskan.

Bagi pemain-pemain yang telah mengambil keputusan untuk menyertai pasukan lain, pihak persatuan mengucapkan selamat maju jaya. 

Semoga peluang tersebut digunakan sebaiknya untuk menimba pengalaman dan seterusnya menyumbangkan kepada sukan bolasepak Negara mahupun Negeri pada suatu masa nanti. Tanamkan semangat Ibu Pertiwiku di dalam jiwa anda biarpun dimana sahaja anda berada.

Kepada pihak penaja yang telah menyokong pasukan Sarawak, terima kasih kami ucapkan di atas komitmen yang anda berikan! Semoga jalinan kerjasama ini diteruskan pada masa akan datang.

Kepada semua penyokong, keputusan yang telah dibuat bukanlah dilakukan oleh sesetengah individu sahaja kerana perbincangan telah dilakukan dan dimaklumkan kepada barisan exco yang ada.

Seperti setiap daripada anda, kami juga amat sayangkan bolasepak Sarawak. Seperti komitmen yang telah kami berikan ketika mula menerajui persatuan pada awal tahun ini, kami akan terus berusaha untuk memartabatkan pasukan bolasepak Sarawak. Demi Ibu Pertiwiku!

Terima kasih semua penyokong Sarawak! Doakan yang terbaik untuk pasukan Sarawak!

Iklhas Daripada,

Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib, Setiausaha Agung, Ahli-Ahli Gabungan, Pengurusan, Kejurulatihan dan Pemain-Pemain.

Thursday, 2 November 2017

Mengurangkan cop pasport diguna pakai melalui Miri-Sabah dan Brunei.


LIMBANG: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg akan berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengurangkan cop pasport diguna pakai melalui Miri-Sabah dan Brunei.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincang pada kunjungan Najib ke Sarawak dan seterusnya ke Brunei bulan depan.

“Saya bersetuju mengenai permohonan rakyat negeri ini berhubung pengurangan cop pasport di pintu sempadan Sarawak dan Brunei.

“Najib datang ke Sarawak dan saya memberitahu beliau untuk berunding dengan Brunei bagi mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan cop pasport pada perundingan Malaysia dan Brunei bulan depan,” katanya. 

 Abang Johari berkata, keputusan mengurangkan cop pasport merupakan keputusan di bawah ketua negara (Najib).

“Ini adalah kuasa ketua negara, saya hanya kuasa negeri sahaja, kita terpaksa berunding dengan Najib agar membawa perkara ini kepada Brunei, sama ada mengurangkan cop pasport atau menghapuskan terus cop pasport seperti diguna pakai di negara luar seperti Hungary,” katanya.

Jelasnya, Sarawak mempunyai hubungan baik dengan negara jiran Brunei.

Sebelum ini, pada 18 Disember 2016, Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama Brunei bagi menyelesaikan isu birokrasi di sempadan.

Kajian dilakukan bertujuan mendapatkan kaedah bagi mempermudah perjalanan darat tanpa semakan pasport.

Laporan sebelum ini mendakwa rakyat Sarawak dan Sabah serta Brunei terpaksa melalui lapan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) yang ada di Sarawak, Sabah dan Brunei.

Situasi ini menyebabkan pemilik pasport sering berulang-alik antara Sarawak, Sabah dan Brunei dicop sebanyak 16 kali. - UB

Abg Johari akan dimasyhur Pro Canselor UNIMAS



KUCHING: Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-21 yang berlangsung pada 6 hingga 9 November 2017 akan turut menyaksikan pemasyhuran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sebagai Pro Canselor baharu universiti.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata majlis pemasyhuran berkenaan diadakan pada hari pertama dan sidang pertama konvokesyen pada 6 November bagi mengisi kekosongan berikutan pemergian bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

“Selain pemasyhuran Pro Canselor, pada hari pertama kita juga menyaksikan penganugerahan kepada seramai 492 graduan pascasiswazah dan graduan pertama bagi program linguistik daripada Fakulti Pengajian Bahasa dan Komunikasi.

“Daripada jumlah 492, 444 graduan adalah pascasiswazah iaitu doktor falsafah serta ijazah sarjana sementara 48 orang graduan linguistik,” katanya pada sidang media Pra-Konvokesyen UNIMAS Ke-21 di sini, semalam.

Menurut beliau, konvokesyen kali ini menyaksikan graduan terbesar sehingga kini secara keseluruhan iaitu 4,120 graduan iaitu 3,676 graduan bagi ijazah sarjana muda sementara 444 pascasiswazah.

Sidang pertama ujarnya, akan disempurnakan Canselor UNIMAS Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang diadakan di Arena Gemilang, Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) UNIMAS, Kota Samarahan.

“Antara keunikan pada kali ini juga kita menyampaikan ijazah doktor falsafah kepada graduan termuda, iaitu Ainaa Nadiah Abdul Halim daripada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber pada sidang pertama.

“Turut disampaikan adalah anugerah-anugerah akademik seperti Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Canselor dan Anugerah Pro Canselor kepada graduan terpilih menerusi kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang pengajian di universiti,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Kadim berkata dari segi peratusan graduan dari Sarawak, konvokesyen kali ini menyaksikan kira-kira 40.1 peratus daripada keseluruhan graduan atau 1,688 adalah berasal dari Sarawak.

Katanya daripada jumlah itu 30 adalah graduan doktor falsafah, 283 graduan ijazah sarjana dan 1,375 adalah graduan ijazah sarjana muda.

“Selain itu bagi graduan antarabangsa seramai 85 orang terdiri daripada 24 negara, iaitu 30 graduan doktor falsafah, 17 graduan ijazah sarjana dan 38 graduan ijazah sarjana muda,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman. - UB

Wednesday, 1 November 2017

Gaji minima Malaysia antara paling tinggi di Asia

KUALA LUMPUR - Malaysia adalah antara negara yang menawarkan pembayaran gaji minima paling tinggi kepada pekerja jika dibandingkan dengan negara Asia lain.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, gaji minima yang ditetapkan di negara ini adalah RM1000 untuk pekerja di semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak.


“Kita adalah negara yang menetapkan pembayaran gaji minima kepada pekerja dengan nilai yang cukup baik.

“Di Myanmar, gaji minima yang ditetapkan adalah RM348, Laos RM479, Kemboja RM629, Philipina RM909, Indonesia RM382 dan Vietnam RM600,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin), di Dewan Rakyat, semalam.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kedatangan pekerja asing yang tidak terkawal menjadi antara faktor kesukaran untuk meningkatkan gaji minima pekerja negara ini.

“Kira-kira 1.9 juta pekerja asing berada di negara kita yang turut menerima gaji minima yang ditetapkan di negara ini. Dalam soal ini kita tak boleh kecualikan mereka kerana kita boleh dikenakan tindakan.

“Disebabkan itu, sudah tentu banyak nilai kewangan negara ini digunakan pekerja asing untuk dibawa keluar negara dan itu tidak termasuk faedah-faedah lain yang mereka terima. Seperti mana yang telah dinyatakan Kementerian Kewangan baru-baru ini, lebih RM3.7 bilion wang negara dikeluarkan oleh pekerja asing ke negara-negara mereka,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan pekerja tempatan supaya menguasai industri sekali gus mengambil alih tempat pekerja asing dalam memperkukuhkan ekonomi negara.

“Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diuar-uarkan perdana menteri sebelum ini adalah usaha yang dilakukan kerajaan bagi memastikan pertambahan bilangan pekerja tempatan.

Sumber : Sinar Harian

Tahukah Anda? Polisi Jangka Hayat Perlupusan Kereta Lama Kini Sudah Diperingkat Akhir (Kementerian Pengangkutan) ,Adakah Anda Sudah Sedia Untuk Melupuskan Kereta Lama Anda?


Tahukah Anda? Polisi Jangka Hayat Perlupusan Kereta Lama Kini Sudah Diperingkat Akhir (Kementerian Pengangkutan) ,Adakah Anda Sudah Sedia Untuk Melupuskan Kereta Lama Anda? | Menteri pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan kementeriannya kini dalam peringkat akhir dalam melakukan kajian polisi baharu bagi jangka hayat kenderaan, lapor Bernama.

Menurut Liow, kajian berkenaan turut mengandungi cadangan pemberian insentif bagi menukar kenderaan lama kepada baharu dan ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.

“Kita tidak letakkan jangkaan tempoh untuk laksanakan polisi ini kerana kita tahu ia membabitkan pelbagai perkara selain perlu meminda undang-undang pengangkutan terutamanya Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagaimanapun, kita memahami kebimbangan rakyat kerana semakin ‘berusia’ kenderaan itu, semakin banyak isu atau masalah yang timbul,” jelas Liow kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen MCA Perak 2017.



Beliau turut menjelaskan sekiranya polisi itu dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan akan menentukan jangka hayat sesebuah kenderaan selain pemberian insentif kepada pemilik yang mahu menamatkan jangka hayat kenderaan mereka.

“Kita mungkin bagi rebat atau wang tunai kepada mereka yang bersedia melakukan penamatan itu dan bagi kita, ia antara cara terbaik untuk mengurangkan jumlah kenderaan lama di atas jalan raya,”katanya.

Liow turut menyebut bahawa banyak aduan yang diterima daripada pelbagai jabatan dan agensi yang mahu polisi baharu itu diperkenalkan dengan segera bagi mengurangkan masalah kenderaan terbengkalai dan ada laporan menyatakan bahawa ia menjadi tempat takungan hingga menyebabkan berlakunya penyakit denggi.

Sumber : Bernama