Pages

Tuesday, 29 April 2014

gadis 15 tahun merelakan tubuhnya 'diratah

Gambar sekadar hiasan
Seorang gadis berusia 15 tahun merelakan tubuhnya 'diratah' sekumpulan enam lelaki dalam kejadian yang berlaku di Taman Pancaran Siputih, Pusing, dekat sini, antara Isnin dan Selasa lalu.

Pelajar sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai, Ipoh, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam orang lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.
Menurutnya, mengikut laporan, bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada kakaknya pada pagi itu memaklumkan anak perempuannya tidak pulang ke rumah selepas keluar awal pagi 28 Januari lalu.
Katanya, menurut pekerja swasta berusia 44 tahun itu, dia yang bimbang akan keselamatan anak perempuannya, bertindak mencari di sekitar kampung.
“Bagaimanapun, mangsa pulang ke rumah lebih kurang jam 7 malam hari yang sama dan kemudian menceritakan kepada bapanya yang dia telah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki di sebuah rumah di Pusing.

“Selepas mendengar cerita tersebut, bapa mangsa membawa anak perempuannya itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Shaharon berkata, siasatan awal mendapati mangsa menyelinap keluar dari rumahnya di Kampung Kepayang, di sini kira-kira jam 1 pagi pada Isnin lalu dan mengikuti salah seorang suspek yang membawanya ke sebuah rumah di Taman Siputih Pancaran, Pusing.

“Mengikut keterangan mangsa, dia mendakwa melakukan hubungan seks secara rela tanpa paksaan secara bergilir-gilir dengan enam orang suspek antara jam 11 malam sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya,” ujarnya.

Berikutan itu, beliau berkata, anggotanya menjejaki keenam-enam suspek dan tangkapan pertama dilakukan ke atas lima lelaki berusia antara 20 hingga 24 tahun di sebuah rumah di Taman Siputih, Pusing pada jam 1.30 pagi 29 Januari lalu.

“Sewaktu serbuan dijalankan ke rumah terbabit kesemua suspek didapati sedang tidur. Empat daripada suspek berasal dari Siputih manakala seorang lagi dari Ipoh.

“Seorang lagi suspek ditahan pada jam 8.13 malam di rumahnya di Siputih pada hari yang sama. Kesemua suspek bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dan buruh kasar.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebat.

“Mangsa kini ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

“Kami percaya kes ini dianggap selesai dengan tertangkapnya keenam-enam suspek terbabit,” katanya.

Saturday, 26 April 2014

Pemaju projek kereta kabel wajib buat kajian EIA: Len



KUCHING: Pemaju projek kereta kabel yang menghubungkan Gunung Santubong dari Santubong Resort dan Pasir Pandak wajib menjalankan kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.

Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, meskipun pelan dan proposal bagi projek tersebut telah diluluskan seperti yang didedahkan oleh sumber dalaman syarikat berkenaan, namun projek tidak boleh dilaksanakan sehingga laporan EIA diluluskan.

“Kajian EIA wajib dilakukan dan pemaju perlu mematuhi semua terma dan syarat-syarat projek agar ia tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar serta penduduk yang mendiami sekitar kawasan yang terlibat dengan projek berkenaan.

“Kajian ini mungkin tidak banyak menyentuh mengenai kereta kabel itu sendiri tetapi lebih kepada tapak projek yang akan dibangunkan bagi tujuan tersebut.

“Setakat ini, saya belum melihat atau dimaklumkan sama ada kajian EIA oleh pemaju berkenaan telah dibuat atau tidak tetapi saya ingin menegaskan bahawa mereka perlu melakukannya segera,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Limkokwing Institute of Creative Technology dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Conqueror’s Vision Sdn Bhd (CVSB) di Limkokwing Institute di sini, semalam.

Tambah Len, sebagai menteri muda beliau berpendapat sebarang projek yang memanfaatkan rakyat harus mendapat sokongan, tetapi tidak bermaksud pemaju boleh mengetepikan laporan kajian EIA.

“Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita harus mematuhi terma dan syarat-syarat projek.

“Kereta kabel bukan sesuatu yang baharu kita tidak mencipta kereta kabel sebaliknya ia telah tercipa 200 atau 300 tahun dahulu lagi.

“Apa yang perlu kita buat sekarang adalah menyesuaikannya dengan keadaan serta penduduk tempatan di sini.

“Anda boleh melihat kereta kabel di merata tempat di Pulau Pinang, Kanada, Eropah dan di mana-mana. Ia bukan sesuatu yang baharu tetapi EIA perlu dijalankan,” tambah Len.

Jelas Len lagi, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar bertanggungjawab untuk memastikan kajian EIA bagi projek ini dilaksanakan.

Susulan itu, Len menjelaskan beliau perlu mendapatkan kepastian daripada NREB terlebih dahulu sama ada laporan kajian EIA berkenaan telah dibuat atau belum sebelum mengeluarkan kenyataan yang lebih terperinci mengenai projek itu.

Dalam pada itu, projek pembinaan kereta kabel itu dianggarkan menelan kos RM50 juta dan dijangka mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan sebaik pelancarannya nanti.
Projek itu disambut baik oleh kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan yang disifatkan mampu menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini, khasnya Kuching.

Bagaimanapun, para pencinta alam sekitar telah mengambil inisiatif mengadakan kempen bagi menghentikan projek berkenaan yang didakwa akan menjejaskan flora dan fauna di sekitar gunung legenda itu.

Tuesday, 15 April 2014

Gempar!!! Harga Minyak Akan Naik Lagi???


Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia: Kali terakhir kerajaan Malaysia bertindak berani dan drastik mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik (iaitu minyak untuk kelompok marhaen) adalah pada 3 September 2013.

Selepas 7 bulan berlalu, alhamdulillah harga minyak RON95 terus kekal walaupun dalam keadaan ringgit Malaysia terus kekal masih lemah dibandingkan dengan dolar Amerika. Tetapi…..

Tetapi…….harga minyak RON95 seperti yang ditawarkan sekarang kepada kelompok rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdahana iaitu RM2.10 seliter dilihatkan tidak bertahan lama. Bila-bila masa sahaja boleh berubah. Ada 4 faktor di sini :


4 Faktor Kenaikan Harga Minyak RON95 Naik Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia JUN 2014?

1.Pergolakan antara Rusia dan Ukraine (Laporan Berita Harian)
2. Kajian semula kerajaan Libya terhadap eksport minyak untuk pasaran dunia (Laporan Berita Harian)
3.Laporan berita media arus perdana mengenai kadar penyeludupan minyak Malaysia ke negara jiran cukup tinggi dan permintaan tinggi terhadap harga minyak Malaysia (Laporan Kosmo)
4. terma untuk rakyat Malaysia “dasar rasionalisasi subsidi” & “pelarasan harga minyak di Malaysia” (Kehendak Kerajaan Malaysia)

 Paras dagangan Amerika Syarikat West Texas Intermediate (WTI) bagi pengagihan bekalan pada Mei ditutup pada harga AS$103.76 setong, meningkat 14 sen ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. Manakala harga minyak mentah Brent North Sea pada Mei juga meningkat AS$1.47 kepada AS$109.07 setong di London.
Negara Ukraine diambang kemusnahan sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah Georgia apabila bertindak kepada pemisah dan rakyat berketurunan Rusia di mana USA dan NATO hanya mampu berpeluk tubuh sahaja.

Jarang diperhatikan berita penurunan harga minyak dunia dilaporkan di media arus perdana. Jarang sekali. Tetapi apabila harga minyak naik? Ehem…

P/S : Sumber yang diperoleh setakat ini dijangka harga minyak RON95 akan naik bulan Jun 2014 ini. Mungkin? Walaubagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia pada tengah malam menjelang kenaikan rasmi harga minyak RON95 kelak.


Tuesday, 1 April 2014

Amaran keras untuk kakitangan awam cebur bisnes atas talian!!

 Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @ Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran “Keras” JPA : Kenaikan kos sara hidup terus melambung tinggi. Baik kepada penjawat awam mahupun kakitangan swasta. Suka atau tidak, mereka tiada pilihan lain. Mereka perlu mencari alternatif bagi mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Termasuklah menyertai bisnes MLM (SEPERTI DI SINI), perniagaan Internet atau bisnes online…..dengan harapan ada “rezeki” disebalik usaha mereka….

Melihatkan senario ini, Jabatan Perkhidmatan Awam mula memerhatikan senario melibatkan kakitangan awam sehingga dilihat mula mengabaikan tugas hakiki yang tidak boleh diabaikan dan pelru dilaksanakan dnegan penuh tanggungjawab :

Atas alasan ini Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA) mula mengambil langkah yang lebih drastik bagi mengelakkan kakitangan awam menyalahgunakan kemudahan yang disediakan di sektor awam, satu surat khas telah pun dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing bagi memantau kakitangan awam yang melakukan pernigaaan internet @ bisnes online ketika waktu pejabat. INi adalah surat amaran yang dikeluarkan oleh JPA

Punca Surat Amaran JPA Kepada Kakitangan Awam?






1.JPA mendapati terdapat kakitangan awam yang menggunakan media sosial dan Internet untuk perniagaan Internet atau bisnes online.
2.Tindakan kakitangan awam yang menyalahgunakan tanggugjawab dan amanah yang diberikan boleh menjejaskan imej kakitangan awam dan kerajaan.
3.Perbuatan kakitangan awam melakukan perniagaan Internet atau bisnes online menyalahi peraturan
4.Jika kakitangan awam ingin melakukan bisnes online atau perniagaan Internet mereka perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.

 P/S : Apa respon balas kakitangan awam mengenai tindakan JPA terhadap mana-mana daripada anda yang terlibat dengan perniagaan online tanpa pengetahuan mereka?